Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kolaborasi Astro & Qalbox Tawar Variasi Program Islamik Terbaik

Izwan Isa 05/08/2023 | 14:50 MYT
Muslim Pro menerusi perkhidmatan penstriman Qalbox berkolaborasi dengan Astro dalam memperkukuhkan status sebagai penyiar kandungan berfokuskan Islamik secara eksklusif untuk penonton di Malaysia.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar berkata, kolaborasi tersebut dapat memperkayakan lagi rangkaian aplikasi siaran global terbaik sedia ada.
“Penonton Muslim kami kini dapat menikmati kandungan berfokuskan Islam dengan penambahan lebih daripada 1,000 jam kandungan SVOD Qalbox yang kini tersedia untuk penstriman di Ultra dan Ulti Box.
“Kini kami mempunyai kandungan yang menarik dari 12 aplikasi penstriman video, termasuk aplikasi Astro GO yang ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan.
“Kami gembira atas usaha kerjasama dengan Muslim Pro dan percaya bahawa ini akan lebih melengkapkan tawaran kandungan yang kukuh daripada Astro,” katanya.
Kerjasama tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, bersama-sama dengan Shafiq dan Pengarah Kandungan, Agnes Rozario kelmarin.
Co-CEO Muslim Pro, Fara Abdullah berkata, kerjasama dengan Astro sebagai penyedia hiburan terkemuka di Malaysia dapat memperluaskan jangkauan Qalbox dalam kalangan penonton Malaysia.
“Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh.
“Justeru, dengan tawaran kandungan yang pelbagai, kami yakin Qalbox akan menarik perhatian penonton Malaysia serta memberikan pengalaman hiburan yang tiada tandingan," katanya.
Qalbox terus berusaha untuk memaparkan identiti Muslim dan bagaimana kepercayaan dapat diintegrasikan dalam gaya hidup seharian umat Islam melalui pelbagai genre yang komprehensif, termasuk filem ikonik, siri-siri yang menghiburkan, dokumentari berfokuskan Islam yang memberi merangsang minda, animasi kanak-kanak serta realiti TV.
Penonton boleh menyelami karya asli Qalbox yang menampilkan siri merangsang pemikiran seperti I Am Muslim, Food From the Heart, dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam Tadaruz Al-Quran.
Bagi penonton cilik, Islam for Kids dan Recite and Learn: The Word of Allah menawarkan kandungan menarik dan memberi pendidikan.
Sementara itu, siri-siri menarik seperti Omar, The Sultan and Khan, dan Little Mosque on the Prairie meneroka naratif yang mendorong tentang budaya Muslim.
Pelanggan Astro yang memiliki Ultra dan Ulti Box, akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai lalu hingga 26 September depan.
Selepas tempoh dua bulan akses percuma berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan mereka dengan tawaran eksklusif.
BACA : Qalbox Penuh Dengan Kandungan Hiburan Muslim Global, Mudah Akses Dengan Hanya Guna Aplikasi Muslim Pro - “Drama & Filem Yang Dipilih Selamat Untuk Ditonton”
#Muslim Pro #Qalbox #Astro Baharu
;