Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Koleksi Rip Curl x Kenji Chai Surfitti Gabungan Seni Grafiti & Adrenalin Surfing!

Amri Hassan 27/03/2024 | 11:45 MYT
Apa akan jadi kalau seni gratifi jalanan digabungkan dengan semangat surfing?
Itulah yang direalisasikan menerusi koleksi terbaharu RIP CURL x KENJI CHAI: SURFITTI yang bakal dilancarkan pada April 2024!
Kenji Chai, artisan kelahiran Sabah menghasilkan dua rekaan unik t-shirt yang diinspirasikan daripada karya popularnya Chaigo The Stray.
Kata Pengurus Pemasaran Rip Curl Malaysia, Moe Faisal, pihaknya teruja dengan kolaborasi jenama tersebut dengan Kenji.
"Kami teruja dengan kerjasama dengan Kenji menerusi projek Rip Curl Artist of the Search Project.
"Gaya unik Kenji telah menyempurnakan setiap komponen dalam jenama Rip Curl, yang mana ia menyeronokkan, berwarna-warni dan mencabar.
"Jalinan kerjasama itu telah terhasilnya dua rekaan t-shirt yang menterjemahkan Kenji sebagai artisan dan Rip Curl sebagai jenama surfing," katanya.

A post shared by Kenji Chai (@mr_kenjichai)

Menerusi koleksi RIP CURL x KENJI CHAI: SURFITTI, koleksi ini menggabungkan tenaga dari jalanan dengan gaya hidup santai di tepi pantai.
Koleksi SURFITTI turut diinspirasikan daripada rekaan ikonik Kenji iaitu Chaigo The Stray yang mengangkat idea tentang cabaran outdoor, surfing dan semangat seni grafiti.
Setiap rekaan melambangkan kenakalan dan sifat lucu Chaigo the Stray pada masa sama berkongsi adrenalin surfing dan kebebasan dalam mengekspresikan seni.
Koleksi SURFITTI terdiri daripada dua rekaan t-shirt yang melambangkan hubungan simbiosis antara seni jalanan dan budaya surfing. Daripada jalanan ke permukaan ombak, setiap karya yang dihasilkan meraikan kebebasan, kreativiti dan cabaran.

Kenali Kenji Chai

Kenji, 39, merupakan anak kelahiran Sandakan, Sabah, yang mula menunjukkan bakatnya bermula dengan karya doodle di buku-buku teks sekolahnya.
Minat yang mendalam memaju hidupnya untuk menyambung pengajian dalam rekaan grafik di Central Academy of Arts, Kuala Lumpur sebelum aktif bergiat sebagai artis grafiti.
Salah satu karya mural Kenji, Ying Yang Crane telah dipamerkan di Wuhan, China, hasil kolaborasi bersama pelukis tempatan.
Selain itu, karyanya Courage to Dream di bangunan RED Hotel Kuala Lumpur setinggi 25 tingkat turut dinobatkan dalam Malaysia Book of Records.

A post shared by Kenji Chai (@mr_kenjichai)

Program Rip Curl Artist of the Search yang dicetuskan oleh Rip Curl Malaysia sejak 2022 untuk menyokong seni tempatan dengan berkolaborasi dengan artisan tempatan.
Menerusi kolaborasi itu, artisan yang terpilih bebas untuk mereka koleksi kolaborasi yang akan dipasarkan kepada pengguna.
Koleksi RIP CURL x KENJI CHAI: SURFITTI boleh mula didapati pada April 2024 di setiap butik fizikal Rip Curl dan di www.ripcurl.com.my.
#Viral #Sabah #Pelukis #Baju #Koleksi #Seni #Kolaborasi #Kenji Chai #T-Shirt #Grafitti #Rip Curl
;