Laman Utama

Komen Penampilan Pakai Skirt, Brad Pitt Kata Semua Orang Akan Mati

Maliah Surip
03/08/2022
12:45 MYT
Sponsor Banner
Komen Penampilan Pakai Skirt, Brad Pitt Kata Semua Orang Akan Mati
Sebelum ini nama Brad Pitt menjadi trending dan liputan banyak media antarabangsa apabila aktor terkenal itu hadir ke pelancaran filem terbaharunya dengan memakai skirt.
Tentu sahaja penampilan Pitt di tayangan perdana filem Bullet Train tersebut dilihat sebagai sebuah momen yang tak biasa, apa lagi Pitt jarang berpenampilan unik.
Selepas beberapa minggu menjadi perhatian, mantan Angelina Jolie itu akhirnya memberi komen terhadap penampilannya yang cukup heboh tersebut.
Bintang kesayangan ramai itu memberi komen kepada wartawan Variety yang bertemunya di karpet merah sempena mempromosikan filem sama di Jerman.
“Saya tidak tahu. Kita semua akan mati, jadi mari buat hal,” katanya seperti dilaporkan portal sama.
Meski demikian, untuk kedatangannya di Jerman, Pitt tidak menggayakan penampilan eksentrik.
Namun lelaki berusia 58 tahun itu tetap menjadi perhatian apabila menyarung sut berwarna hijau terang yang dipadankan bersama kasut berwarna kuning.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar