Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kongsi Birthday Dengan Anak Kedua, Kodi Rasheed Pilih Nama 'Sultan'

Kamaruddin Razal 21/07/2019 | 01:48 MYT
Pelakon Kodi Rasheed atau nama sebenarnya, Mohd Shazmeer Mohd Rasheed, 29, menerima kehadiran anak kedua di hari kelahirannya pada 16 Julai lalu.
Menimang cahaya mata lelaki, pelakon yang dikenali menerusi filem Ophilia ini menganggap kehadiran permata hati barunya sebagai hadiah paling bermakna buat.
"Alhamdulillah, ini hadiah yang paling istimewa sempena hari jadi saya. Sejujurnya, saya sendiri tak sangka dapat menerima kehadiran anak kedua pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran saya.
"Pada awalnya, doktor menjangkakan isteri saya akan bersalin pada penghujung Julai. Akhirnya, isteri mengalami tanda-tanda bersalin lebih awal dan selamat melahirkan seorang anak lelaki," katanya ketika dihubungi oleh Gempak.

Hari ini adalah hari yang paling rare dalam hidup aku!! Hadiah yang paling bermakna sempena ulang tahun aku!! Alhamdulillah baby boy selamat dilahirkan. Semoga menjadi anak yang soleh. . Aku tidak risau kan rezeki kau di dunia ini kerana sudah tertulis rezeki kau dimurahkan bahkan kau akan lebih kaya dari aku dan aku bersyukur. Apa yang aku risau kan adalah didikan aku terhadap kau, sekiranya didikan yang aku berikan kurang janganlah kau berputus asa tapi teruskanlah mencari sehingga kau menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat. Ya aku jahil tapi aku cuba pertahankan dan memberi ajaran supaya kau tidak menjadi jahil seperti aku. Jika satu hari aku tiada kau jadilah khalifah yang berguna dan jangan sesekali kau salah kan orang lain dan dunia. . Contohi baik ku dan jadikan jahat ku sebagai pengajaran. Semoga kau sentiasa dilindungi Allah s.w.t !! . #kodirasheed #16july #babyboy #alhamdulillah #sultan #love

A post shared by ShAzmEeR (@kodi_rasheed) on

Tambah pelakon filem Kau Yang Satu ini, dia dan isteri memilih nama Sultan untuk diberikan kepada anak mereka.
"Saya memilih nama Sultan untuk diberikan kepada anak saya. Saya memilih nama Sultan kerana ia membawa maksud kekuatan, kuasa, khalifah atau pemimpin juga digelar sejarah dalam Islam.
"Selain itu, nama itu dipilih bersempena nama arwah datuk saya, Sultan Afshur. Saya tidak pernah berjumpa dengan datuk kerana dia meninggal dunia sebelum saya lahir tetapi, saya banyak mendengar cerita menarik mengenai arwah.
"Saya berharap agar Sultan menjadi anak soleh dan dapat menjadi pemimpin di masa akan datang dan berjaya dunia serta akhirat, Insya-Allah," kata Kodi lagi.

Bismillahirrahmanirrahim. . SULTAN bermaksud kekuatan, kuasa, khalifah atau pemimpin juga digelar sejarah dalam islam. . Buat yang mendoakan saya dan keluarga, semoga anda semua dirahmati Allah s.w.t tidak dapat saya balas jasa anda. Terima kasih❤️ . #anaksoleh #sultan #love #peace

A post shared by ShAzmEeR (@kodi_rasheed) on

Kodi mendirikan rumah tangga dengan Nor Fatihah Mahad pada 31 Ogos 2015 dan sebelum ini, mereka menerima kehadiran seorang anak perempuan, Adinda Qaisara yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan lain, dua filem lakonan Kodi, M4M4 dan Master Picisan bakal menemui penonton pada akhir tahun ini.
#Kodi Rasheed
;