Hiburan
Kongsi Foto Imbasan Ultra Bunyi, Anim Ezati Umum Hamil Anak Pertama
Pengacara Anim Ezati Rizki, 28, telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Anim, pada awalnya dia teragak-agak untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana merasakan dirinya tidak bersedia lagi.
"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Banyak kali fikir nak upload dan kongsi ini kepada semua orang, sebab entah lah.
"Saya takut dan tidak bersedia! Tapi saya perlu, sebab makin ramai dah tegur and tanya kenapa nampak lain, makin berisi dan sebagainya," tulisnya.
Dalam pada itu, Anim bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan yang teruk walaupun usia kandungannya sudah memasuki 10 minggu.
"Ya, memang berisi ya. Dah 10 minggu baby duk diam dalam perut I. Tidak ada alahan pada waktu pagi, tidak ada apa-apa, awak memang bayi yang baik lah!
"Alhamdulillah. Ada yang kata belum lagi, kalau boleh tak nak lah.
"Kepada suami tercinta saya, terima kasih kerana menjaga saya, bakal anak kita dan layan emosi yang tidak stabil dan sebagainya.
"Omg! Itu sangat menakutkan, jadi sukar untuk menangani tekanan pada masa ini.
"Oleh itu saya membuat keputusan untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup saya demi bayi kita. Sudah tentu, saya akan berkongsi tentang perkara ini juga.
Di sini, Anim minta doa kalian, untuk kesejahteraan baby dan keluarga saya," tulisnya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis dan peminatnya yang rata-rata turut mengucapkan tahniah.
Sekadar info, Anim dan suami, Mohd Fadli Sahudin, 38, mendirikan rumah tangga pada 28 Disember tahun lalu.