Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen Anggap Wanna Ali Tak Sensitif - “Kalau Awak Ambil Berat Fasal Kak Fazura & Hormat Dia, Tolong Delete”

Asyikin Mayudin 13/09/2024 | 06:55 MYT

Gara-gara memuat naik foto bersama hero gandingan, Fattah Amin di Instagram, pelakon Wanna Ali dikritik netizen yang beranggapan perkongsian itu tidak bersesuai dengan waktu sekarang.

Waktu tak sesuai

Ia berikutan baharu sahaja berita mengenai pelakon Nur Fazura memfailkan permohonan perceraian terhadap Fattah dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

Menerusi perkongsian Wanna di Instagram, dia hanya ingin mempromosikan babak bersama Fattah dalam drama gandingannya yang kini sedang ditayangkan di TV.

Netizen anggap tak sensitif

Rata-rata netizen di ruang komen berpendapat Wanna tidak sepatutnya berkongsi gambar bersama Fattah memandangkan berita mengenai rumah tangga aktor itu sedang diperkatakan.

“Saya peminat awak juga tapi kalau awak ambil berat fasal kak Fazura and hormat dia tolong delete post ni. Promote malam karang saja. Kalau tak ramai bad perspective tentang awak termasuk saya.

“Delete sudahlah post ni... sungguh tak sensitive. Masa tak sesuai.

“Kenapa nak post ni? Apa motif? Macam tak ngam timing,” komen netizen,

Bagaimanapun, terdapat netizen yang berpendapat Wanna hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk mempromosikan drama sahaja dan tidak terlibat dengan urusan rumah tangga Fattah.

“Jangan salahkan Wanna. Dia tak terlibat urusan rumah tangga co-star dia. Mungkin dia tak tahu pun. She's only posting about their drama. It's just coincidence,” komen netizen lain.

Terdahulu, aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.

Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

#Fattah Amin #Fazura #Wanna Ali #Nur Fazura #Fattah #Fazura fail cerai
;