Gaya Hidup
Kongsi Gambar Kahwin Pelanggan Dalam Hutan, Netizen Kata Macam Filem Pengabdi Setan!
Niat baik seorang individu berkongsi promosi gambar perkahwinan bertukar haru apabila dijadikan bahan gurauan oleh netizen.
Menerusi tweet seorang gadis, dia berkongsi foto-foto perkahwinan hasil bidikan sepupunya di dalam hutan yang berkonsepkan misteri.
Penganti lelaki dan perempuan dilihat menyorok di balik celahan pokok dan ada juga beberapa keping foto pengantin perempuan berwajah serius sambil disimbahi cahaya matahari malap.
Namun, konsep dan foto sebegini nampaknya mengundang usikan netizen. Mereka menyatakan konsep misteri ini lebih sesuai dijadikan poster filem seram berbanding gambar perkahwinan.
“Kreatif apa benda dah macam pengabdi setan gambar dia”, tulis seorang netizen di laman Twitternya.Kreatif apa benda dah macam pengabdi setan gambar dia ? https://t.co/FeAvifrXHw— ?? Be Kind To Me 2019?? (@gmxn_) June 23, 2019
Menerusi satu tweet itu sahaja, netizen turut menguji kreativiti masing-masing dalam mencipta poster seram berdasarkan gambar perkahwinan tersebut.
— kimochi (@aminmatang) June 23, 2019
Coming soon pic.twitter.com/v6Y6VoYczi— محمد (@sykrnhql) June 23, 2019
Nak jugak pic.twitter.com/G2CcnHI7dE— Gjeto (@gjetzulfadhli) June 24, 2019
— Z (@whyshuditellya) June 24, 2019Ramai juga yang merasakan konsep begitu agak seram dan tidak sesuai digunapakai untuk mengabadikan gambar kenangan hari bersejarah pengantin.
Tweet itu sehingga kini telah mencecah hampir 20,000 retweet.
Must-Watch Video