Laman Utama
Kongsi Tentang Hak & Kewajipan Suami Isteri, Ashraf Muslim : “Praktikan Untuk Merasa Nikmat Dari Allah”
Pelakon Ashraf Muslim yang dikenali sebagai seorang suami beristeri dua mengaku suka akan cara pemikiran dan fahaman pelakon Indonesia, Dewi Sandra yang berkongsi tentang hak dan kewajipannya sebagai isteri mengikut cara Allah.
Video tentang pendirian Dewi Sandra dirinya yang kini mengikut cara Allah itu telah dikongsikan Ashraf menerusi satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
Pesan Ashraf, suami siteri perlu faham dan praktikkan tentang hak dan kewajipan mengikut cara Allah supaya dapat merasa nikmat yang sebenar.
“Semoga aku juga dapat merasa nikmat bila mengikut cara Allah. Kepada suami dan isteri sama-sama kita Faham dan praktikkan untuk merasa nikmat Allah.
“Ingat hidup ini hanya sementara dan fasa ini juga menentukan apa yg akan berlaku pada diri kita di alam Barzakh dan di padang mahsyar yang mana masa di fasa itu lagi lama berbanding di alam dunia ini,” tulisnya di kapsyen.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai pandangan termasuk ada yang memintanya mengulas mengenai isu poligami yang sedang hangat diperkatakan kini.
“Setuju tu...hak Dan kewajipan itu 2 benda yang berbeda...cumanya kadang kadan orang lelaki ni..dia lebih mengikut cara Allah apabila bab bab kahwin..,” kata salah seorang netizen
“Boleh la nanti Ashraf Muslim bagi advise untuk isu yang hangat sekarang,” minta salah seorang warga maya
“Saya suka cara hidup ashraf berpoligami. Beruntung isteri isteri Ashraf,” puji salah seorang pengguna laman sosial.
Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana isu belum dikurniakan zuriat selama dua tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.