Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Konon Hendak Beri Nasihat Kepada Anaknya Agar Tak Berjaga Malam – Ini Reaksi Yang Diterima Sheikh Muszaphar

Faizal Saharuni 09/07/2021 | 00:50 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar mengaku dia dan isteri, Datin Dr. Halina Mohd Yunos tidak dapat tidur malam secukupnya kerana anak keempat pasangan ini, Emelia akan terjaga di tengah malam merengek minta dipeluk.
Situasi ini kebiasaan bermula jam 3 pagi dan berakhir sejam kemudian usai Emelia menyambung tidur.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, @drskheikhmuszaphar hari ini, beliau berkongsi video bertajuk: Lecturing Emilia yang memperlihat telatah menghiburkan hati dua antara beranak ini.
Sementara itu, Emelia pula dilihat seakan memahami yang si bapa sedang meluah perasaan sambil memberi nasihat kepadanya agar tidak lagi berjaga di tengah malam.
“Daddy needs his sleep. So here I am speaking my mind to Emilia. I don’t think she’s taking me seriously – haha,” tulis Muszaphar.
Menutup entrinya, penulis buku My Way Of Parenting itu meninggalkan nota kaki; “Sometimes it’s just a phase when babies do something out of the norm.”
Emilia yang merupakan pasangan bayi kembar itu dilahirkan lewat seminit daripada abangnya, Eusoff di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya pertengahan November 2020.
Sheikh Muszaphar juga dikurniakan cahayamata kembar kelahiran sulung Halina, Adam dan Noah, 4.
Instagram: @drsheikhmuszaphar
#Netizen #Sheikh Muszaphar #Nasihat #Angkawasan
;