Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

Khairil Khusyairi 12/08/2024 | 15:25 MYT
Larut dalam keindahan cinta.
Demikian frasa yang mampu diungkap penulis bagi persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert solonya, Siti Nurhaliza Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands hujung minggu lalu.
Tidak perlu membuktikan apa-apa lagi, malam penuh indah itu adalah salah satu bukti selama hampir 30 tahun Siti mengabdi diri dalam industri muzik.
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Tepat jam 8.30 malam, ruang Arena of Stars sekali lagi menjadi saksi apabila bingit dengan jeritan penonton apabila menyaksikan penyanyi kesayangan ramai itu membawa penggemar muziknya larut dalam alunan.
Membuka pentas dengan lagu ikonik Jerat Percintaan, Wajah Kekasih dan Dialah Di Hati, Siti membiarkan vokal lunaknya bersatu bersama pengarah muzik terkenal, Chaan.
Seiring dengan tema Cinta Di Awan, Siti tampil gah menggayakan busana pertama berona ‘hot pink’ rekaan pereka fesyen, Ashraff Zainal.

Gembira Hiburkan Peminat

Siti menyampaikan seleksi lagu-lagu hitsnya seperti Ku Milikmu, Satu Cinta Dua Jiwa, Kau Sangat Bererti, Percayalah, Kau Kekasihku, Jaga Dia Untukku, Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa dan Ku Mahu.

Ruang Arena of Stars terus bergema dengan sorakan kira-kira 5,100 penonton yang hadir apabila dua permata kesayangan muncul di atas pentas.

“Saya gembira sebab penuh dan yang penting saya diberikan kesihatan untuk menghiburkan peminat, itu yang paling pertama saya doa, dijauhkan dari sakit tekak,” ujarnya ketika ditemui usai konsert.

Menyampaikan lagu Nadi yang dipetik dari album Sitism iaitu album solo ke-20, Siti diiringi anak sulungnya, Siti Aafiyah yang bermain keyboard.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Dengan susunan muzik yang sungguh mengasyikkan, Siti Nurhaliza tampil bertenaga menyanyikan lagu Cinta Tak Mungkin, Menjaga Cintamu, Seindah Biasa, Engkau Bagaikan Permata, Indah Percintaan, Nian Di Hati, Seribu Kemanisan dan Kesilapanku Keegoanmu.
Turut membuat penampilan adalah anak saudara Siti iaitu Umairah dengan berduet bersama menyanyikan lagu Zheng Fu dan You Are The Reason.
Siti juga tampil menyanyikan lagu Munbe Vaa, Bulan Yang Mesra, Di Kayangan Kita, Cintamu, Janji Kasih, Demi Kasih Sayang, dan Diari Hatimu.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Memilih lagu-lagu hits 90-an seperti Tak Mungkin Berpaling, Bougenvilla, Tiara dan Hakikat Sebuah Cinta tenyata membuat satu arena menyanyi bersama.

Imbau Perjalanan Cinta

Siti dan penonton-penonton pada malam itu seakan terbang bersama-sama untuk mengenang dan mengimbau perjalanan cinta.

“Konsert ini saya gabungkan lagu-lagu cinta saya dan lagu cinta 90-an ketika remaja, hits sepanjang zaman ini saya rasa mesti semua akan menyanyi bersama,” kongsinya teruja.

Hampir tiga jam beraksi dengan menyampaikan 39 buah lagu memberi kepuasan kepada peminat, Siti menghadiahkan lagu hits Destinasi Cinta di akhir konsert yang juga konsert solo penutup bagi tahun ini.

#Siti Nurhaliza #Genting Highlands #Arena Of Stars #Siti Nurhaliza Cinta Di Awan #Konsert Siti Nurhaliza #Konsert solo Siti Nurhaliza #Siti Nurhaliza Love Is In The Sky
;