Laman Utama
Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia. Ini merupakan kolaborasi perdana kali di Malaysia setelah Kerispatih dan Sammy berpisah belasan tahun silam.
Baik band dengan tiga anggota itu mahupun mantan vokalis tersebut menjanjikan persembahan penuh nostalgia buat peminatnya.
Dan menjelang tanggal 24 Februari 2023, sebelum Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir menjadi bintang pertama dibawakan tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live, mereka punya pesanan buat peminat.
Kerispatih dan Sammy mengalu alukan peminat mereka untuk memilih lagu yang pernah mempunyai nostalgia atau dekat di hati lantas dimainkan pada malam konsert.
“Ini permintaan kami buat seluruh peminat Kerispatih dan Sammy di Malaysia. Meski buat masa ini persiapan menuju konsert sudah 80 peratus, namun kami sangat berbesar hati menerima permintaan lagu dari kalian semua.
“Jadi caranya begini. Jika ada peminat yang ingin kami membawakan lagu favorit atau ada nostalgia sendiri, mohon tinggalkan komen anda di Instagram @momentsofmusic supaya kami tahu dan boleh pertimbangkan lagu yang boleh dibawakan nanti,” ujar Kerispatih sewaktu temubual secara virtual bersama media tempatan.
Tambah band yang cukup terkenal dengan lagu Mengenangmu dan Tapi Bukan Aku itu lagi, Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir yang dijadual di Zepp KL hanya akan berlangsung untuk satu malam sahaja.
“Dengan jadual manggung (konsert) yang penuh dan kami mahu peminat di Malaysia pulang bersama nostalgia terbaik, konsert ini hanya akan berlangsung pada satu malam iaitu 24 Februari 2023 sahaja.
“Misalnya jika sebelum konsert kelak, satu lagi kategori tiket yang ditambah juga sold out seperti kategori tiket lainnya, konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir tidak akan dilanjutkan menjadi dua hari,” kata mereka.
Enggan mendedahkan elemen kejutan yang akan dilakukan, mereka bagaimanapun memberitahu akan ada persembahan duet di antara vokalis Kerispatih iaitu Fandy dengan mantan vokalis, Sammy dalam lagu yang telah dipilih.
Selain itu, konsert yang dijadual berlangsung lebih satu jam ini akan dipenuhi dengan lebih 20 buah lagu sebagai hadiah pertemuan yang sudah tertangguh lama di antara band ini dan peminat mereka.
Malah pihak penganjur juga berharap agar konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir berjalan lancar seperti yang diharapkan memandangkan mereka juga sedang memenuhi permintaan peminat untuk melihat mereka bermain dalam satu pentas.
“Sebagai penganjur, objektif kami sebenarnya lebih ke arah penyatuan Malaysia dan Indonesia ya.
“Festival adalah sesuatu yang sangat dirindui oleh peminat sepanjang pandemik COVID 19 dan setelah melakukan survei, Kerispatih bersama Sammy atau line up original adalah band muzik yang paling banyak permintaan untuk di bawa di Malaysia.
“Semoga lancar sehingga hari konsertnya, 24 Februari nanti,” kata Baim Wong.
Sementara itu peminat yang belum atau terlepas mendapatkan tiket boleh memiliki tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir dalam kategori (Cat 1 - Diamond - seating ) berharga RM555.
Pembelian tiket kategori (Cat 1 - Diamond - seating ) boleh dibuat menerusi laman sesawang https://momentsofkerispatih.com.