Hiburan
Konsert Wali Band Di Pulau Pinang Meriah! Peminat Sakan Dress Up Serba Hijau
Konsert mega yang julung-julung kalinya diadakan, KONSERT WALI X SETIA “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG anjuran Orange International (OI) telah berjaya menghiburkan peminat-peminat muzik khususnya di sebelah Utara.
BERITA TRENDING: "Ketika Ditawarkan Saya Tak Berkata Tidak" - Kelly Azman Teruja Jadi Pengacara Konsert Wali Cari Jodoh &…
Rencana yang mulanya membawakan satu kumpulan pop popular Indonesia (Wali Band) dikejutkan dengan penambahan satu lagi kumpulan pop (Charly Setia Band), disamping itu, penonton turut disajikan dengan persembahan oleh penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang tular dengan lagu Dawai selain kemunculan penyanyi popular Malaysia, Saixse dan juga Khai Bahar.
“Pada mulanya, hanya Wali sahaja yang akan menjadi main act, tetapi seakan bulan jatuh ke riba apabila Charly Setia pula berminat untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan, bonus tidak ternilai buat siapa yang menontonnya kerana kami menawarkan tiket pada harga yang sama,” jelas CEO & Pengasas Orange International, Datuk Fadzli Idrus.
Konsert yang bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang menyaksikan Wali mempersembahkan dalam 12 buah lagu hit mereka seperti Cari Jodoh, Ada Gajah Di Balik Batu, Si Udin Bertanya, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan lain-lain.
“Terima kasih buat semua peminat kami di Malaysia yang hadir menyaksikan Wali beraksi, kamu semua adalah yang terbaik!
“Kami sangat berbesar hati dapat menghiburkan anda semua dan ‘asyik’ dengan sing-along bersama-sama kami,” kongsi Faank, vokalis Wali.
Manakala Charly Setia menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Sampai Mati, Jangan Pernah Berubah dan Asmara.
Seterusnya, malam konsert menjadi gamat apabila penyanyi Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai yang ditunggu-tunggu ramai, dan lebih istimewa apabila dia turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malam konsert bertambah hangat apabila giliran Saixse pula muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Malam Pagi yang dinyanyikan bersama oleh semua penonton yang hadir, dan Khai Bahar pula membawakan lagu Luluh, Bayang, Oh Wanita dan sebuah lagu bonus, Lemas.
“Kami amat berpuas hati menyaksikan konsert yang dibawakan kedua-dua pihak penganjur, pelbagai ‘perisa’ muzik yang disajikan dengan genre yang berbeza dapat memenuhi citarasa setiap penonton yang hadir,” kongsi salah seorang penonton.
Rata-rata penonton yang hadir mengenakan baju berwarna hijau yang menjadi tema pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools yang disarankan oleh kerajaan.
#Konsert
#Khai Bahar
#Indonesia
#peminat
#Pulau Pinang
#Wali Band
#Charly
#Saixse
#Dawai
#Fadhilah Intan