Laman Utama

“Kontena Jenazah Mencukupi, Sapa Nak Masuk Bagi Nama" - Jawapan MB Kedah Viral! Netizen Anggap…

Hanafis Haris
06/08/2021
23:32 MYT
Sponsor Banner
“Kontena Jenazah Mencukupi, Sapa Nak Masuk Bagi Nama" - Jawapan MB Kedah Viral! Netizen Anggap…

Nama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara tiba-tiba ‘membanjiri’ platform media sosial apabila dikatakan bergurau ‘kasar’ mengenai isu kontena jenazah Covid-19.

Menerusi video yang tular, Muhammad Sanusi dilihat menjawab pertanyaan wartawan mengenai jumlah kontena di setiap hospital.

Walaubagaimanapun, jawapan Muhammad Sanusi itu dikatakan telah membuatkan ramai tidak berpuas hati dan tersinggung.

“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama,” katanya.

Biarpun ada yang melihat ia hanya satu gurauan bersama pihak media, namun tidak kurang juga yang menyifatkan isu berkenaan satu perkara sensitif untuk dijadikan bahan jenaka.

“Memperlekehkan orang yang telah meninggal akibat covid tak lawak lah. Tak hormat keluarga pesakit yang telah meninggal.

“Tak sensitifnya”

“Mungkin dia berlawak je dengan reporter kot, entahlah,” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, dua lagi hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku, sebagai persediaan menempatkan mayat pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, berkata, pada masa ini tiga buah hospital iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar; Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Hospital Kulim masing-masing sudah mempunyai satu kontena sejuk beku, sumbangan badan bukan kerajaan (NGO).

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar