“Kontraksi Rasa, Sakit Luka Czer Rasa” - Pengalaman Syifa Melvin Bersalin Ketika Kandungan 37 Minggu
Pempengaruh media sosial Syifa Melvin berkongsi pengalaman dia melahirkan cahaya mata pertama iaitu Saif Sulaiman yang lahir pada 30 September lalu.
Menerusi perkongsian di Instastory, Syifa menjawab persoalan daripada netizen yang mahu mengetahui pengalaman dan proses persiapan bersalin awal dari tarikh jangkaan.
“Tak langsung prepared, tak sangka keluar rumah malam tu jadi malam terakhir keluar berdua haha. Ada leaking pukul 2 petang, tunggu sampai maghrib tengok masih ada.
“Rasa pelik dah, ajak suami pergi hospital… bila pergi memang tak kembali haha. Masa tu baru 36 minggu 6 hari. Saif kleuar tepat 37 minggu dengan berat 2.61 kilogram. Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsinya.
Adik kepada aktres Syatilla Melvin ini turut memberitahu dia mula mengalami kontrasi palsu tiga hari sebelum melahirkan anaknya.
“Sebenarnya 27 hari bulan dah mula rasa mengeras yang ada satu waktu itu berpeluh. Tapi kita ingat braxton hicks layan saja la smpai la 29 hari bulan, baru pergi hospital.
“Memang sakit dua-dua la. contraction rasa, sakit luka czer rasa. Contraction habis tinggi 100, Syifa tahan lagi
tapi sakit kuat walau on Pitoxin drip,” katanya.
Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.
BACA SINI: Safawi & Syifa Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama, Terus Umum Nama Anak