Laman Utama

Kos Internet, Peranti Bekerja Dari Rumah Patut Ditanggung majikan

Azwa Rahman
14/02/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
Kos Internet, Peranti Bekerja Dari Rumah Patut Ditanggung majikan
Majikan sepatutnya menanggung kos internet dan peranti digunakan pekerja yang diarahkan bekerja dari rumah (WFH).
Memetik laporan Astro Awani, Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong berkata, ia bagi memastikan pekerja dapat menjalankan tanggungjawab diberikan dengan kemudahan yang mencukupi sama seperti yang diperoleh di tempat kerja atau pejabat.
Bagaimanapun katanya, pekerja perlu tampil berbincang dengan majikan jika mengalami masalah mendapatkan kemudahan berkenaan sepanjang bekerja dari rumah.
"Saya fikir dalam perkara ini kena ada give and take (tolak ansur) antara majikan dan pekerja. Ramai pekerja kena WFH, pada masa sama majikan boleh argue bahawa kos pekerja datang ke pejabat berkurangan.
"Namun, pekerja boleh argue pula bahawa gaji mereka dipotong.
"Tetapi soal peranti dan kos internet, saya sebagai seorang majikan saya terasa patut ditanggung oleh para majikan kerana kemudahan seperti ini untuk memudahkan para pekerja melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya kepada Astro Awani.
Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan langkah majikan membenarkan pekerja mengambil peranti dari tempat kerja untuk digunakan sepanjang bekerja di rumah.
"Jadi memang eloklah kita galakkan majikan membenarkan pekerja bawa balik peranti dari pejabat ke rumah.
“Kalau kita lihat, jika letak peranti di pejabat pun tidak dipakai tetapi apabila dibawa di rumah boleh membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab.
"Jadi pekerja dan majikan harus berkompromi dalam isu ini supaya mereka boleh berbincang bagaimana kedua-dua belah pihak memudahkan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka," ujarnya.
Pada masa sama, majikan perlu memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menjaga peranti milik syarikat.
Kredit foto: OTHERS
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar