Laman Utama

KPM Sahkan Murid & Guru SJKC Mun Choong Terlibat Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Gempak
16/12/2022
20:56 MYT
Sponsor Banner
KPM Sahkan Murid & Guru SJKC Mun Choong Terlibat Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesahkan terdapat guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor awal pagi Jumaat.
Bagaimanapun, beliau berkata lawatan kumpulan itu ke lokasi terbabit bukan anjuran pihak sekolah sebaliknya merupakan kunjungan persendirian.
“Barangkali ia adalah lawatan keluarga atau kawan-kawan, kami masih tidak pasti. Kami masih lagi dalam proses untuk mendapatkan fakta yang tepat berkaitan lawatan mereka ke sana," katanya kepada pemberita semasa meninjau situasi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Mayat mangsa tragedi itu dibawa ke hospital berkenaan untuk proses bedah siasat.
Fadhlina berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti jika ada lagi murid yang menjadi mangsa dalam insiden itu.
Beliau berkata pihaknya sedia menghulurkan bantuan kewangan dan khidmat psikososial kepada guru, murid serta waris yang terlibat dalam tragedi itu.
Fadhlina turut meminta waris mangsa yang terkorban diberi ruang supaya mereka dapat bersabar dalam menjalani proses pengecaman mayat.
"Saya merakamkan rasa berduka dan takziah kepada waris mangsa yang terlibat. Mudah-mudahan proses ini dapat dipercepat serta dipermudah untuk semua waris dan juga mangsa," katanya.
Insiden sekitar 2.42 pagi itu, yang melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter, menyebabkan 21 orang maut setakat 7.10 malam.
Seramai 12 mangsa masih hilang manakala 61 orang terselamat.
BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar