Laman Utama
Krisdayanti Cemas Hantar Anak Sunat, Mujur Didampingi Doktor Bedah Profesional - "Masih Trauma Ketika Anak Kedua Saya ..."
Keluarga diva Indonesia, Krisdayanti dan Raul Lemos sentiasa mencuri perhatian umum. Terbaharu, putera mereka, Kellen Alexander Lemos baru sahaja selesai menjalani proses bersunat.
Kongsi Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD di media sosialnya, proses bersunat lancar biarpun hatinya cemas ketika turut sama menunggu anaknya itu.
"Baru hantar anak buat sunat saja rasanya sudah cemas ya. Bagaimana tugas besar lain pada masa akan datang?
"Maklum saja masih trauma ketika anak kedua saya Azriel Hermansyah kesakitan dan teriakannya masih saya ingat sampai sekarang.
"Kita? Iya.. orang tua memang tak pernah berhenti berproses untuk menyanggupi segalanya. Kerananya salam hebat dan hormat untuk semua ibu bapa dari saya. Terus berjuang," titip KD.
Turut menarik perhatian ketika proses bersunat itu apabila Kellen dikelilingi oleh pakar bedah profesional sepanjang prosedur mewah itu.
Sepanjang prosedur, KD kelihatan gugup dan kerap memegang tangan suaminya, Raul sehingga proses selesai.
Berjalan lancar, Kellen dibenarkan pulang pada hari sama selepas selesai prosedur.