Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

The Krishen Jit Fund Bantu 5 Individu Seni Untuk Tahun 2023, Keluarkan Dana Berjumlah RM46,000

Firdaus 13/12/2023 | 12:55 MYT

Baru-baru ini telah berlangsungnya sidang media untuk The Krishen Jit Fund yang berlangsung di Five Arts Centre Studio, Kuala Lumpur.

Sidang media itu bertujuan untuk memperkenalkan lima orang penerima dana Krishen Jit untuk tahun 2023.

BERITA TRENDING: Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Aquaman And The Lost Kingdom

Antara penerima dana tersebut adalah Andrew Igai Jamu (RM15,000), Goh Hooi Ling (RM11,000), Lau Beh Chin (RM10,000), Duncan Soo (RM5,000) dan Naomi Kakuvi Musau (RM5,000).

Menurut Pengurus Krishen Jit Fund & Pengasas Ahli Five Arts Center, Marion D’Cruz berkata penerima dana itu ditentukan menerusi kriteria dan tarikan projek yang dibuat oleh pemohon.
“Kriteria utama ialah projek yang dilakukan, dan kedua ialah kita meneliti artis dan pihak yang terlibat, sama ada mereka mampu menjayakan karya seni yang diusulkan,” katanya.
Marion juga ketika ditemui mendedahkan bahawa bajet dana diberikan adalah menerusi proses penelitian panel berkaitan projek yang ingin dijalankan oleh artis.
“Kami akan meneliti keseluruhan bajet, dan meneliti projek, bajet maksimum yang akan diberikan adalah RM20,000. Pada asasnya kami akan membahagikan sebahagian daripada bajet, namun bajet yang diterima tidak akan sama untuk kesemua artis,” jelasnya.
The Krishen Jit Fund diperkenalkan oleh Astro dan Five Arts Centre pada tahun 2006, sebagai peringatan kepada mendiang Dato’ Krishen Jit. Tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membantu artis dari segi kewangan bagi menjayakan projek dalam karya seni.
Dari tahun 2006 hingga 2022, pertubuhan itu telah berjaya memberi dana sebanyak RM626,000 kepada artis-artis yang ingin menjayakan projek mereka dari pelbagai genre seni seperti filem, dokumentari dan muzik.

#Astro #Artis #The Krishen Jit Fund
;