Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kru Penggambaran Terbunuh, Pengarah Kritikal, Pelakon Filem Alec Baldwin Tertembak Guna Senjata Api Prop

Amri Hassan 22/10/2021 | 05:20 MYT
Seorang sinematografer terbunuh dan pengarah filem Rust cedera parah apabila pelakon Hollywood, Alec Baldwin tertembak menggunakan senjata api yang digunakan sebagai prop.
Lapor The Hollywood Reporter, pengarah fotografi, Halyna Hutchins, 42, telah cedera apabila Baldwin tertembak menggunakan senjata api berkenaan ketika penggambaran dijalankan di Bonanza Creek Ranch, Amerika Syarikat.
Hutchins disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital University of New Mexico menggunakan helikopter.
Mangsa kedua, pengarah filem Rust, Joel Souza, 48, yang dikejarkan ke pusat perubatan Christus St. Vincent menggunakan ambulans berada dalam keadaan kritikal.
Kata wakil pejabat sherif tempatan, Juan Rios, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini tiada sebarang dakwaan disabitkan.
"Menurut siasatan, babak yang sedang menjalani penggambaran itu menggunakan senjata api sebagai prop dan kemudiannya ada tembakan dilepaskan. Detektif masih menyiasat bagaimana dan jenis projektil tembakan," katanya kepada media antarabangsa.
Penggambaran filem berkenaan terpaksa dihentikan buat sementara bagi menjamin keselamatan kru dan pelakon.
Filem itu turut dibintangi Frances Fisher, Jensen Ackles dan Travis Fimmel.
Baldwin, 68, merupakan seorang pelakon filem, teater dan penerbit. Antara naskhah yang pernah dibintanginya adalah Pearl Harbor, Mission Impossibe - Rouge Nation, A Star Is Born dan menyumbang suara untuk animasi The Boss Baby dan Madagascar: Escape 2 Africa.
Sumber: The Hollywood Reporter, BBC
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Viral #Hollywood #Pistol #Polis #Tembak #Senjata Api #Alec Baldwin #Rust
;