Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kuatkan Diri Walaupun Tidak Boleh Berjalan…” - Tiada Niat Rahsiakan Pertunangan, Ubai Lebih Utamakan Kesihatan Ibu

Mya Amri 28/05/2023 | 04:57 MYT
Pempengaruh Ubai menyatakan rasa syukur apabila majlis pertunangannya bersama penyanyi, Shila Amzah berjalan dengan lancar pada Sabtu.

Tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan, Ubai menjelaskan kesihatan ibunya yang baru lepas menjalani kimoterapi menjadi keutamaan mereka.

“Tarikh majlis yang berlangsung itu atas persetujuan bersama kerana kebimbangan kami adalah pada ibu sebab dia baru menjalani kimoterapi sebelum ini.

“Kemudian Shila pula ada konsert di Singapura. Jadi majlis ini memang kami fokuskan kepada keluarga terlebih dahulu.

“Sebenarnya tiada tarikh yang betul-betul dirancang, kami lebih utamakan kesihatan ibu dan biar penyusunannya itu baik-baik sahaja buat keluarga,” katanya ketika dihubungi Gempak.

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

Tambah Ubai lagi, keluarga mereka juga banyak berdepan dengan dugaan sebelum majlis pertunangan berlangsung.

Namun kata Ubai, dia tetap bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

“Kami selesaikan pertunangan ini secara privasi dan dalam kalangan keluarga serta sahabat yang rapat sebab takut kalau ada perkara tidak diingini berlaku.

“Sebagai contoh, kalau saya war-war kan pertunangan dan andai kata pada tarikh kejadian itu ibu saya tidak sihat nanti lain pula jadinya.

“Jadi memang fokus kami adalah keluarga terlebih dahalu terutamanya ibu saya. Kondisi ibu saya yang paling dirisaukan.

“Keluarga kami telah menepuh banyak dugaan sebelum tiba hari pertunangan. Adik saya meninggal dunia, saya pun baru lepas menjalani pembedahan dan sebagainya.

“Tapi alhamdulillah, semalam majlis berjalan dengan lancar dan ibu saya kuatkan diri walaupun dia tidak boleh berjalan,” jelasnya.

Dalam pada itu ditanya mengenai tarikh pernikahan, ini jawapan Ubai.

“Insya-Allah kami akan berkahwin tahun ini. Bila dah bertunang orang kata tak elok tunggu lama-lama. Doakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya.

BACA: Bikin Kejutan… Selepas 'Berdrama' Di Instagram, Shila Amzah Kini Tunangan Ubai

BACA: “Mana Ada Announce Putus, Itu Post Penghargaan, Malang Sekali Ramai Anggap Negatif” - Shila Amzah

Terdahulu, Ubai dan Shila selamat melangsungkan pertunangan mereka pada Sabtu.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat sahaja.

Rabu lalu, Shila memuat naik status berbaur ‘sedih’ mengenai hubungan cinta yang dijalin selama lima bulan bersama jejaka berkenaan.

Menurut Shila, Ubai merupakan seorang jejaka yang sempurna selain telah banyak memberikan kasih sayang kepada anak lelakinya.

Difahamkan, hubungan cinta antara Shila dan Ubai mula mekar ketika Shila mula aktif dalam bidang seni sekitar tahun lalu.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.

#Bertunang #Kesihatan #Shila Amzah #Ibu #Kimoterapi #Ubai #Kesihatan Ibu
;