Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi & Populariti" - Fedtri Yahya

Asraf Aided 12/08/2021 | 01:40 MYT
Pengacara Fedtri Yahya meminta orang ramai untuk sama-sama menghormati kawasan perkuburan.
Menurut Fedtri, kubur bukanlah tempat untuk mencipta sensasi dan populariti. Sebaliknya, terdapat pelbagai adab yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.
"Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur," kongsinya di Instagram.
Dalam entri sama, Fedtri menyenaraikan beberapa adab yang boleh dijadikan panduan oleh umat Islam ketika ke kawasan perkuburan.
"Pertama, sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
"Kedua, Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa (doa turut disertakan).
"Ketiga, tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan," tulisnya.
Antara perkara lain yang turut disentuh Fedtri termasuklah haram melakukan perkara khurafat, cara duduk, dan membaca ayat suci Al-Quran di kawasan perkuburan.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai warganet meninggalkan respon positif.
Rata-rata mereka bersetuju, ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Fedtri kerana berkongsi ilmu bermanfaat.
Apapun, perkongsian berkenaan ditulis secara umum dan Fedtri tidak menyebut nama mana-mana pihak.

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

#Kubur #Fedtri Yahya #Adab Di Kubur #Cari Populariti
;