Berita
"Kulit Macam Melepuh...Susah Nak Berjalan"- Anak Aliff Syukri Tersepit Di Mesin Treadmill, Aduhai..Seriau Tengok!
Anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri, Yusoff Al-Qardawi cedera di bahagian paha selepas tersepit di mesin treadmill.
Menurut Aliff, ketika kejadian anak perempuannya, Qadejah El Zahra sedang menggunakan mesin larian tersebut.
"Ketika kakaknya sedang guna untuk berlari, Yusoff datang dan terjatuh. Itu yang dia tersepit ketika treadmill berpusing.
"Saya memang terkejut ketika itu, sebab kulit dia macam melepuh. Terus saya bergegas bawa ke klinik," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Menurut Aliff, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sekeluarga berada di Sugeh Hill Resort, Janda Baik, Pahang.
"Sebenarnya insiden itu berlaku tiga hari lalu. Memang teruk keadaannya pada mulanya, sebab macam ada keluar nanah.
"Sampai Yusoff pun susah nak berjalan, tapi, syukur sekarang ini keadaannya semakin baik," jelasnya.
Terdahulu, sekeping foto yang memaparkan keadaan kaki Yusoff di akaun Instagram miliknya mencuri tumpuan netizen.
"Doakan Yusoff cepat sembuh ya semua...kaki Ucop tersepit dekat mesin treadmill.
"Mama dah sapukan dengan gel aloe vera AS Legacy...semoga kaki saya cepat baik," tulisnya.
Rata-rata terkejut melihat keadaan kaki Yusoff yang cedera selepas dikatakan tersepit di alat senaman tersebut.
Saksikan program yang menampilkan Aliff Syukri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!