Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kurang Ajar Betul” - Gara-Gara Rendang Nama Che Ta Kena Petik, Ada Peniaga Mendakwa….

Hanafis Haris 13/05/2021 | 04:30 MYT

Nama pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial apabila didakwa meminta diskaun ketika membeli rendang.

Perkara itu terjadi selepas seorang individu memuat naik posting di Twitter mengenai kekecewaannya setelah bekerjasama dengan selebriti tempatan.

Jelasnya, selain tidak melakukan ulasan makanan dengan baik, kebanyakan selebriti juga kerap meminta diskaun.

Tanpa menyebut nama selebriti tersebut, individu itu memberitahu seorang selebriti dengan jumlah pengikut berjuta di Instagram ada meminta diskaun dengannya baru-baru ini.

“Mentang-mentang artis sikit-sikit nak ugut viral. Dekat Instagram tayang beg berjuta, rendang berapa ringgit pun minta diskaun,” tulisnya.

Biarpun nama artis berkenaan langsung tidak disebut, netizen dilihat sudah mula membuat andaian.

Walaubagaimanapun, nama Che Ta kemudian menjadi tumpuan netizen apabila pelakon itu memuat naik satu posting di Instagramnya.

“Kurang ajar betul orang berniaga rendang ni,” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang bertindak mengecam Che Ta kerana berbuat demikian.

Apapun diharapkan ‘pergaduhan’ ini tidak berpanjangan memandangankan kesemua kita sedang menyambut Aidilfitri penuh keberkatan ini.

#Viral #Rendang #CheTa #RendangChet
;