Laman Utama

Kurang Kasih Sayang Suami? DSV; "Dapat Biawak Hidup Kerja Malas, Baik Saya..."

Amri Hassan
27/06/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Kurang Kasih Sayang Suami? DSV; "Dapat Biawak Hidup Kerja Malas, Baik Saya..."
Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Vida menegaskan dia tidak memerlukan kasih sayang seorang suami untuk terus bahagia.
Definisi bahagia itu kata Vida apabila bersama dengan anak-anaknya, Cik B dan Kacak.
"Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup," tegasnya.
Vida tampil menjawab komen yang ditulis pengguna di ruangan TikTok menyifatkan pelantun lagu I Am Me itu kurang kasih sayang seorang suami.
Menjelaskan perkara itu, kata Vida lagi dia juga tidak mahu bersuami lelaki yang akan menyusahkan dirinya balik.
"Realiti zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini untuk diri sendiri pun tak boleh.
"Tambah dapat jenis biawak komodo hidup . Kerja malas. Tahu nak makan tidur. Betullah kan?" tambahnya.
Hantaran yang disertai suntingan video dengan lagu Hati Yang Kau Sakiti (Rossa) itu mendapat sokongan pengikutnya dan bersetuju dengan pendirian Vida.
"Sokong tu Datuk, lagi tersalah pilih kena tanggung pula.
"Who need a man when we have everything?
"Ini baru betul, nangis tak ada laki pun dalam rumah besar sambil lap air mata dengan kain Gucci.
"Betul tu DSV. Dan Allah tidak berikan semua yang kita mahu tetapi Allah berikan apa yang kita perlu. Bahagia datang dalam berbagai cara," tulis sebahagian pengguna.
Untuk rekod, Vida pernah tiga kali mendirikan rumah tangga dan kali terakhir bercerai pada 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar