Berita

"Kurangkan Pergaulan Dengan Kawan Yang Seksi Atau Tidak Berhijab Sebab..." - Joy Revfa Kongsi Tips 7 Tahun Dirinya Istiqamah Bertudung!

ZULHILMI JALIL
17/02/2020
06:30 MYT
Sponsor Banner
"Kurangkan Pergaulan Dengan Kawan Yang Seksi Atau Tidak Berhijab Sebab..." - Joy Revfa Kongsi Tips 7 Tahun Dirinya Istiqamah Bertudung!
Setiap orang memang mengimpikan sebuah penghijrahan hidup ke arah yang lebih baik.
Antara yang sering kita perhatikan termasuklah penghijrahan imej daripada tidak bertudung kepada berhijab.
Namun, tidak dinafikan, adakalanya, perkara paling sukar dalam sesuatu penghijrahan itu adalah untuk terus istiqamah dalam melakukan satu-satu perkara.
Begitu juga yang dirasai usahawan terkenal yang juga bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa.
"Kita ni sepatutnya semakin berjaya semakin dekat dengan Allah, tapi kenapa semakin kaya dan berjaya semakin jauh dari Allah ya?
"Ustazah pesan, nak istiqamah bermulalah perbaiki pakaian dan penampilan kita. Alhamdulillah kini Joy dah tujuh tahun berhijab dan tak pernah buka.
"Walaupun tak suka pakai anak tudung sangat dan rambut pun selalu terkeluar-keluar anak duk tarik-tarik, namun tetaplah sama-sama berjuang dan teruskan istiqamah dalam proses perubahan," coretnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Bahkan, dalam entri tersebut, Joy turut berkongsi 11 tips bagaimana dirinya kekal beristiqamah dalam meneruskan penampilannya yang lebih diredhai-Nya.
1. Selalu stalk wanita-wanita yang berhijab cantik. 2. Tengok ikon wanita yang baik dan menutup aurta. 3. Cari dalam Google/Pinterest fesyen berhijab. 4. Selalu kenakan solekan ringkas walau berhijab supaya tak nampak wajah pucat sangat. 5. Bergaul dengan kawan-kawan yang berhijab. 6. Rapatkan diri kita dengan kawan-kawan yang selalu rapatkan diri dengan Allah. 7. Yang tak kuat iman macam saya, selalu cuba mengaji dengan ustazah walau merangkak baca iqra sampailah dapat baca al-Quran. 8. Kurangkan pergaulan dengan kawan-kawan yang seksi atau tidak berhijab sebab kadang-kadang syaitan ni selalu hasut nak kita seksi macam kawan kita. 9. Pandang wanita berkhimar dan berhijab tu dengan rasa kagum sangat. 10. Elak stalk wanita tak berhijab dan yang menunjuk keseksian dalam sosial media sebab takut kadang-kadang iman tak kuat tiba-tiba pakai hijab pun on off. 11. Cari kawan-kawan sekeliling yang jaga rapi tentang solat sebab lama-lama kita yang sekejap solat sekejap tak ni akan terikutikut sikap mereka yang begitu rapi menjaga solat setiap hari .
Kita ni.. sepatutnya semakin berjaya semakin dekat dgn Allah swt.. tapi kenapa semakin kaya & berjaya semakin jauh dari Allah swt ya..? . . Ustazah pesan, nk istiqomah.. bermula la perbaiki pakaian & penampilan kita.. Alhamdulillah kini joy dh 7 tahun berhijab & tak pernah buka.. walaupun tak suka pakai anak tudung sgt & rambut pun selalu terkeluar2 anak duk tarik2 ? namun.. tetap lah sama2 berjuang & TERUSKAN ISTIQAMAH DALAM PROSES PERUBAHAN.. ?? . Smlm joy diinvite sebagai VIP utk hadir ke Majlis Al Fateh Junior @alfatehjuniorhq di Concorde Hotel KL.. Masyallah kagum dgn Founder En Ariff & isterinya Farah kerana mengekalkan konsep islamik dlm perniagaan.. Begini lah usahawan yg patut dicontohi buat semua.. Dan joy ucapkan Tahniah buat semua warga Al Fateh, stokis2, agent2 mereka yg hadir smlm. Semoga semua berjaya di dunia & di akhirat.. Doakan joy & keluarga juga ya ? . Kat sini joy nk share sket tips2 utk kekalkan penampilan berhijab, insyallah sama2 kita amalkan. . 1/ selalu stalk wanita2 yg berhijab cantik 2/ tgk wanita icon yg baik & menutup aurat 3/ cari dlm google/Pinterest fashion berhijab (mmg banyak sgt fashion2 cantik kita boleh cari) 4/ selalu kenakan makeup simple walau berhijab supaya tak nmpk wajah pucat sgt 5/ bergaul dgn kawan2 yg berhijab 6/ rapatkan diri kita dgn kawan2 selalu rapatkan diri dgn Allah swt 7/ yg tak kuat iman mcm saya ? selalu cuba mengaji dgn ustazah walau merangkak2 baca iqra sampai lah dapat baca al quran. 8/ kurangkan pergaulan dgn kawan2 yg seksi atau tidak berhijab sbb kadang2 syaitan ni selalu hasut nak kita seksi mcm kawan kita 9/ pandang wanita ber khimar & berhijab tu dgn rasa kagum sgt 10/ elak stalk wanita tak berhijab & duk showoff keseksian dlm sosial media sbb takut kadang2 iman tak kuat tiba2 pakai hijab pun on off.. . 11/ cari kawan2 sekeliling yg jaga rapi ttg solat sbb lama2 kita yg sekejap solat sekejap tak ni akan terikut2 sikap mereka yg begitu rapi menjaga solat setiap hari . . Walaupun kita semua bukan ustazah tapi kita selalu ada masa untuk perbaiki diri & cuba BERUBAH jadi hamba Allah swt yg lebih baik.. Insyallah.. - JoyRevfa
A post shared by Founder of MERVE since 2015 ?? (@joyrevfa) on
Sebelum ini, Joy juga pernah tampil dengan imej berniqab kerana bimbang dengan penampilan seksi.
BACA: Takut Terseksi, Joy Revfa Tampil Dengan Berniqab
Usahawan berusia 33 tahun itu pernah mencuri tumpuan industri apabila mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.
Bagaimanapun, hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.
Terdahulu, menerusi perkahwinan pertamanya Joy dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar