Hiburan

"Kurangkan 'Stalk Orang & Lebih Fokus Pada Diri Sendiri" - Muna Shahirah Kembali Aktif Di Media Sosial

Zulaikha Yusof
27/11/2019
01:47 MYT
Sponsor Banner
"Kurangkan 'Stalk Orang & Lebih Fokus Pada Diri Sendiri" - Muna Shahirah Kembali Aktif Di Media Sosial
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Muna Shahirah, 25, akui dirinya kurang aktif dengan media sosial.
Walaubagaimanapun, Muna sedar sebagai seorang yang bergelar 'public figure' tidak sewajarnya berkelakuan sebegitu.
"Saya seorang yang malas aktif dengan media sosial sehinggakan pihak pengurusan tanya kepada saya.
"Pernah je sampai seminggu saya biarkan entri tanpa kongsi sebarang foto. Kadang-kadang tu dah dua bulan sebenarnya saya tak 'cover' lagu di Instagram (IG).
"Jadi salah itu datang daripada diri saya sendiri kerana kurang 'marketing'. Silaplah apabila individu yang dikenali ramai bersikap sebegitu.
"Selepas ini saya akan kurangkan 'stalk' orang dan lebih fokus terhadap diri sendiri," katanya kepada Gempak.
Tambah graduan Sarjana Muda Matematik di Universiti Sains Malaysia ini bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang sentiasa memberi semangat supaya terus kekal relevan.
"Ada segelintir kawan saya yang sama-sama masuk dalam industri seni membuat keputusan untuk berhenti menyanyi. Padahal saya rasa bakat dia sangat besar.
"Saya bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang kuat terutamanya pihak pengurusan FMC yang banyak bantu.
"Untuk terus kekal relevan saya perlu tampil dengan keunikan dan banyakkan dapat rujukan daripada orang yang berpengalaman.
"Saya akan terus kekalkan genre macam lagu Teguh Setia kerana boleh nampak penerimaan positif daripada pendengar," katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar