Hiburan
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan sementelah dokumen mahkamah yang mengandungi sebab perpisahan mereka telah tersebar di internet.
Menerusi dokumen yang banyak dikongsi media tempatan, ia antaranya memperincikan kronologi rumah tangga pasangan yang berkahwin pada tahun 2021 itu sehingga bercerai baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Ada beberapa fakta yang dinyatakan dalam dokumen tersebut telah mengejutkan netizen.
Ria antaranya mendakwa telah mengalami tekanan selepas Teuku Ryan tidak lagi memberi nafkah batin kepadanya selepas anak mereka, Moana berusia lapan bulan.
Paling membuat pelakon dan YouTuber itu tertekan adalah Ryan pernah mengatakan dirinya terlalu kurus serta memiliki payudara yang ‘rata’.
“Tergugat (Teuku Ryan) pernah mengatakan penggugat (Ria Ricis) terlalu kurus dan punya payudara ‘rata’.
“Itu membuat dia terfikir untuk memasukkan silikon agar sang suami tertarik lagi kepadanya,” begitu antara kenyataan yang terkandung dalam dokumen mahkamah tersebut.
Selain itu, hubungan dingin antara Ria Ricis dan ibu mentuanya dipercayai memicu hubungan suami isteri itu jadi lebih renggang.
Ibu Teuku Ryan didakwa selalu menyindir menantunya dan sang suami akan memenangkan sikap mak setiap kali mereka bergaduh.
Ironi pasangan muda itu baru berkahwin selama tiga tahun dan rumah tangga mereka mula goyah hanya selepas setahun berkahwin.
Banyak usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka dilakukan termasuk mengerjakan umrah bersama beberapa bulan lalu namun semuanya gagal.