Laman Utama
Kylie Jenner Nafi Kabar Angin Jalin Hubungan Terbuka Dengan Travis Scott
Personaliti dan sosialit terkenal Hollywood, Kylie Jenner menafikan dakwaan mengatakan dia dan bekas kekasih, Travis Scott kini menjalinkan hubungan terbuka.
Memetik laporan HollywoodLife, kabar angin itu mula timbul selepas mereka kelihatan meluangkan masa bersama di Disneyland pada 18 May baru-baru ini.
"Mereka hanya mereka cerita! Saya bukanlah memandang negatif kepada mereka yang menjalinkan hubungan terbuka (open relationship).
"Tetapi, kabar angin sebegini menunjukkan rasa tidak hormat tanpa mengetahui perkara yang betul," katanya.
Difahamkan, Kylie dan Travis tidak hanya berduaan di Disneyland kerana anak mereka, Stormi dan anak saudara Kylie, Dream turut berada di situ untuk sambutan hari keluarga.
Terdahulu, Kylie dan Travis mula menjalin cinta pada tahun 2017 dan berpisah pada Oktober 2019.
Anak mereka, Stormi Webster dilahirkan pada Februari 2018.
Kredit Foto: Harper's Bazaar