Viral
Laaa... Duyung Viral Pinggang 23 Inci Ini Rupanya Kakak Kepada Emma Maembong
Semenjak semalam, kecoh di laman sosial dan di dada akhbar mengenai seorang wanita yang berpenampilan seperti duyung dengan pinggang secekak dan rambut merah.
Rupanya, selepas disiasat, wanita itu merupakan Beby Maembong, kakak kepada aktres Emma dan Chacha Maembong.
Menjengah di laman Instagram milik Beby, wanita berusia 29 tahun ini mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya tampil dengan pakaian seperti duyung.
"Behind the scenes menjadi mermaid.. First experience jadi mermaid.. Excited and happy sangat..
"Dari kecik memang sukakan mermaid... Tapi masa kecik-kecil, muda-muda dulu I tak mampu nak jadi mermaid....
"Nak beli fins mahal sangat.. RM3,000 sehingga RM5,000.. Ada yang sampai lebih RM10,000 hehehe.. But I still love mermaid... Biarlah korang nak cakap apa pun..
"For me I tak pernah hina atau kutuk apa-apa yang orang lain minat... Korang minat Keluangman, Ironman, Ultraman, other woman man pun I tak kutuk..
"Minat masing-masing, hormat satu sama lain... Next I nak shoot dalam laut pula.. Enjoy wearing those fins.. Senang sangat nak swim around," tulis Beby.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram Beby memuji penampilan wanita ini berpakaian seperti duyung.
Menariknya, wanita ini merupakan ibu kepada empat orang anak dan mempunyai ukuran pinggang bersaiz 23 inci dengan mengamalkan pemakaian bengkung jenamanya sendiri, Slimdollz dan waist trainer Sure Ramping setiap hari termasuklah semasa tidur.
Beby juga baru sahaja memperkenalkan minuman diet Bebydollz Chocolate Slim.