Hiburan

Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”

Mya Amri
02/05/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Penyanyi rap, Caprice mengajak individu yang didakwa membuat komen menghina anaknya tampil bersemuka.
Caprice menerusi hantaran di Instagram turut memuat naik bukti penghinaan yang dilakukan individu terbabit di laman sosial miliknya.
“Salam @irfn.azly bab bab anak is the limit. Harap-harap awak dan ahli keluarga awak nampak video dan cari Cap esok atau lusa kita jumpa depan depan,” tulisnya.

Jumpa depan-depan

Dalam perkembangan terbaharu, Caprice memaklumkan abang kepada individu itu telah pun menghubunginya.
“Abang budak tu dah hubungi Cap dan setuju untuk jumpe Cap dan Elis depan depan lusa atau Sabtu,” maklumnya di ruangan Insta Story.

BERITA TRENDING: “Jangan Main Gila” - Isteri Kena Kacau, Caprice Beri Masa 24 Jam Untuk Mohon Maaf

Terdahulu, individu berkenaan telah memberikan komen berbentuk hinaan terhadap anak sulung Caprice yang masih bayi.
Antara komen biadap yang diberikan adalah “dajjal kecil dah lahir,” dan “koyak lak kau botak. Memang muka anak kau macam ba**. Nak buat macam mana hahahaha. Ingat anak kau cantik ke si**. Macam terung kepala anj**** je anak kau,”
Untuk info, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 Mac lalu.
Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar