Laman Utama

Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”

Mya Amri
03/12/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”
Selebriti media sosial yang disukai ramai, Khairulaming bakal kembali berkongsi resipi baharu bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Khairulaming menerusi hantaran terbaharu yang mengingatkan rakyat Malaysia bahawa 100 hari lagi Ramadan bakal tiba.
“100 hari lagi Ramadan akan kembali. Diharapkan kita semua dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi Ramadan nanti. 30 Hari 30 Resipi akan kembali untuk tahun ketujuh,” maklumnya.
Pengumuman itu ternyata membuatkan netizen berada tidak sabar menunggu Ramadan dan tertanya-tanya resipi apakah yang bakal dikongsikan oleh Khairulaming.
Tidak kurang juga ada yang mengusik dan bersemangat untuk membuat persediaan dari segi mencari bahan masakan.
Antara komen yang diterima:
“Aku nampak daun pandan atas meja, so dah boleh beli daun pandan siap siap ke,”
“Tak sabarnya resipi baru dan momen 2024,”
“Dia mai dah, serius memang rasa tak sabar!”
Terdahulu, popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan ini sering menjadi rujukan semua golongan dalam penyediaan masakan mudah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar