Laman Utama
Lagu Jerat Percintaan Siti Nurhaliza Hampir Digantikan Mazleela Di Pentas AJL 1996! - "Betul Sebab Ketika Itu Form 5, Ada Peperiksaan"
Umum tahu, lagu Jerat Percintaan telah melonjakkan karier Datuk Seri Siti Nurhaliza sekitar tahun 1996 menerusi beberapa pentas nyanyian berprestij tempatan seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik.
Tahun itu, lagu Jerat Percintaan menggondol persembahan terbaik dan kategori balada AJL 1996 serta telah meraih lagu terbaik semasa Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.
Jerat Percintaan dicipta oleh komposer terkenal Adnan Abu Hasan dan liriknya ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ.
Namun, akui penyanyi lagu itu sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ada yang tidak tahu sebenarnya lagu tersebut asalnya hampir dinyanyikan Mazleela di pentas AJL 1996!
"Betullah Kak Mazleela akan nyanyi, itu cadangan untuk gantikan saya sebab saya form 5 ada peperiksaan kan.
"Tapi akhirnya, yang buat keputusan untuk pergi itu perbincangan antara Kak Rozi, ayah saya dan abang Ayie.
"Kebetulan ketika itu cuti Deepavali, saya ada break dan kebetulan tarikh itu cikgu cakap boleh. Haa, itu sebenarnya membuatkan saya berubah keputusan untuk pergi bertanding semula," kata Siti menerusi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.
Jom, layan balik lagu Jerat Percintaan yang pernah mencipta fenomena tahun 1996 dan kekal evergreen hingga sekarang!
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Ohh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita
Untuk berkorban
Demi pertahankan
Kebahagiaan
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Dimanakah akhirnya
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Ohh apakah kitakan teruskan
Didalam arus percintaan
Perlukah kita
Untuk berkorban
Demi pertahankan
Kebahagiaan
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Dimanakah akhirnya