Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lagu Raya Lama Masih Segar & Jadi Pilihan, S Atas; “Buatlah Apa Cara Sekali Pun, Unsur Kemelayuan…”

Asyikin Mayudin 09/04/2023 | 13:55 MYT
Komposer senior, S Atan menganggap lagu-lagu Raya lama masih menjadi pilihan pendengar disebabkan ia mempunyai unsur kemelayuan.

Biarpun zaman sudah berubah, namun S Atan berpendapat pendengar tetap akan memilih lagu Raya lama berbanding yang baharu.

“Saya sebenarnya tak mahu campur kalau bercerita mengenai penghasilan lagu-lagu raya pada zaman sekarang. Tapi kenapa lagu-lagu raya lama masih didengari sehingga kini?

“Ia disebabkan lagu-lagu lama tetap ada unsur kemelayuan. Sebagai contoh, lagu raya yang saya cipta buat Datuk Sheila Majid, Hari Mulia, walaupun berentaz jazz tetap ada unsur Melayunya.

“Lagu-lagu seperti Dari Jauh Ku Pohonkan, Indahnya Beraya Di Desa dan Menjelang Hari Raya, masih lagi didengari sehingga hari ini. Walaupun, zaman dah berubah unsur Melayu itu tetap segar,” katanya.

Bagaimanapun S Atan mengakui kebanyakan lagu Raya zaman kini sudah hilang unsur kemelayuan kerana terikut-ikut dengan budaya barat.

“Maaf kata, lagu-lagu sekarang kebanyakkannya dah hilang kemelayuannya. Banyak terikut-ikut trend barat. Saya rasa perkara ini tak sihat. Mungkin ini sahajalah nasihat saya kepada para komposer baru.

“Kalau nak buat lagu raya, buatlah lagu berunsur kemelayuan. Buatlah apa cara sekali pun, unsur kemelayuan jangan ditinggalkan. Tak perlulah ubah perkara ini.

“Kita orang Melayu. Kenapa nak buat lagu berentak ‘mat salleh’. Kita kena ada jati diri sendiri. Ambil contoh lagu-lagu di Indonesia, mereka ada indentiti lagu sendiri,” ujarnya.

#Lagu raya #S Atan #Lagu Raya kemelayuan
;