Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Lain Betul Pembawakan Mood Awak Kali Ni...”- Saharul Ridzwan Syukur Isteri Lepas Trimester Pertama

Syafiqah Jalal 03/12/2019 | 09:35 MYT
Aktor Saharul Ridzwan mendedahkan isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir mengalami alahan dan perubahan yang sangat berbeza ketika hamil anak kedua mereka.
Menurut Saharul, isterinya hanya dilihat kembali ceria selepas tamat tempoh trimester pertama.
“Selepas first trimester ni, barulah nampak ada ‘tenaga’ dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye.
“Dalam dua hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak,” tulisnya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Saharul akui sangat memahami apa yang dialami isterinya dan mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan itu.
“Alhamdulillah. Saya tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena.
“Thanks for everything sayang, saya doakan semuanya dipermudahkan Allah. Amin,” katanya lagi.
Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang putera Muhammad Luth Ali yang berusia dua tahun.

Selepas 1st trimester ni, barulah nampak ada "tenaga" dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye . Dalam 2 hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak. Alhamdulillah. Sy tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena. ? . Thanks for everything sayang, sy doakan semuanya dipermudahkan Allah. Amin ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

#Saharul Ridzwan #Anak #Hamil #Hamil #Isteri
;