Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lain Daripada Lain, Ini 5 Perkara Yang Ada Pada Boom Radio Tapi Tak Ada Pada Radio Lain!

Amri Hassan 01/04/2022 | 11:45 MYT

Boom Radio merupakan radio atas talian baharu hasil kerjasama strategik KRU Media Sdn. Bhd (KRU) dan Astro Radio menerusi aplikasi Syok.

Bermula 31 Mac, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati inovasi interaktif bagi pelbagai jenis serta kompilasi muzik dan saluran menyiarkan berita termasuk mengenai hiburan menarik dan terkini.
Tapi apa yang menariknya tentang Boom Radio?
1. Aplikasi Boom Radio menyiarkan tiga jam kandungan baharu yang diulang-siar selama 24 jam sehari dengan rancangan istimewa pada hujung minggu untuk carta muzik Malaysia seperti Boom! Top 40 serta banyak lagi kandungan eksklusif yang lain.
2. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim berkata antara lain pelancaran itu bagi menghidupkan semula jualan format fizikal seperti piring hitam dan cakera padat (CD), menggalakkan semula penontonan filem ke pawagam dan memperkasakan para pengiklan khususnya jenama yang mempunyai integrasi platform e-dagang.
"Ini sebenarnya satu sejarah bagi KRU, dimana kami berharap dengan adanya platform di aplikasi Syok akan berikan pengalaman baharu kepada mereka yang sudah membaca bahan berita kami melalui platform Boom Malaysia.
"Selain itu, kami berharap dengan adanya penyampai dengan gaya terkini dan juga yang tersendiri akan memberikan hiburan yang terbaik bagi mereka yang menggunakan aplikasi untuk mendengar radio secara dalam talian atau podcast.
"Inilah baharu penyiaran dan saya berharap dapat meluaskan lagi pengaruh Boom Malaysia ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di pasaran serantau," katanya pada sesi sidang media selepas melancarkan majlis pelancaran itu di Dadi Cinema Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
3. Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong berkata salah satu usaha kerjasama ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan sumber dalaman masing-masing dalam menawan peluang baharu sejajar dengan peningkatan permintaan bagi kandungan melalui radio atas talian dan podcast.
"Keunikan Boom itu mereka mempunyai nilai eksklusif tersendiri iaitu mereka mempunyai banyak wawancara eksklusif bersama artis-artis yang media lain tidak ada.
4. "Selain itu, cara perspektif juga berlainan kerana mereka sendiri adalah artis. Jadi kita merasakan ia adalah satu inisiatif yang bagus untuk mendapatkan mereka ke dalam ekosistem Syok. Mereka lebih tahu akan rentak industri hiburan ini.
"Sementara itu, apa yang lebih penting, mereka merupakan portal berita hiburan yang melaporkan berita-berita artis tempatan dan itulah tujuan utama kita untuk berkolaborasi untuk menyokong industri tanah air," katanya.
5. Antara barisan penyampaian Boom! Radio ialah empat muka baharu dalam industri tanah air iaitu Jimmy, Cema, Natalhia dan Lorde.
Untuk penstriman, muat turun aplikasi syok dan pautan Boom! Radio atau layari www.boom-malaysia.com.

#KRU #Norman Abdul Halim #Boom #Boom Radio
;