Laman Utama
"Lain Muka, Nampak Macam Menakutkan..."- Ramai Tegur Kenapa Dengan Wajah Fathia Latiff?
Wajah pelakon Fathia Latif sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa kelihatan agak berbeza dari mukanya sebelum ini.
Menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram, Fathia memuat naik fotonya dari pandangan sisi dan rata-rata mempersoalkan wajahnya nampak seperti orang yang lain.
"Boleh tak sesiapa beritahu saya kenapa muka Fathia lain ya?" soal pengikut laman sosial itu.
"Lain muka, nampak macam menakutkan. tua sangat," komen seorang netizen.
Tidak kurang juga mendakwa Fathia sengaja menyunting fotonya sehingga kelihatan sangat berbeza dan ada juga segelintir yang menuduhnya mengubah ciptaan Tuhan.
"Tak tahu nak komen macam mana. Itulah bila kita ubah ciptaan Allah," dakwa seorang warga maya.
"Dia saje edit gambar dia pelik-pelik padahal muka dia sama je macam dulu sikit," kata seorang netizen.
"Yang ni filter, cuba tengok gambar lain sama je dengan sebelum ini," komen seorang warga net.
Pun begitu, Fathia sepatah pun tidak memberikan sebarang respon atau membalas komen mana-mana pengikut laman sosialnya.
Malah gambar itu dimuat naik tanpa menulis kapsyen.
Terdahulu, Fathia pernah mendedahkan ada melakukann suntikan pada filler rahang pada wajahnya sehingga mendapat kecaman ramai.