Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lama Berdiam Diri, Rupanya Iqbal Baru Selesai Jalani Proses Kurus - “Langsung Tak Sentuh Makanan Walaupun Roti”

Mya Amri 18/01/2024 | 01:59 MYT

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya baru sahaja selesai menjalani proses menguruskan badan.

Iqbal memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di ruangan Insta Story miliknya.

Menurut Iqbal, selepas menjalani proses tersebut, dia tidak menjamah makanan walaupun sekeping roti.

“Saya baru selesai proses kurus bersama doktor di hospital. Ini hari ketiga saya langsung tidak menyentuh makanan walau sekeping roti.

“Air pun tidak lebih segelas saya minum sepanjang tiga hari ini. Apabila stabil ada tenaga saya kongsikan dari awal prosesnya,” coret Iqbal.

BERITA TRENDING: "Tiada RM50,000 Sebulan Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian" - Iqbal Zulkefli

Bagaimanapun Iqbal masih belum menceritakan secara terperinci mengenai proses yang dilakukannya.

Sebelum ini, Iqbal ada menyuarakan hasrat untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi mengubah penampilan dan menjaga kesihatan diri.

#Kurus #Iqbal #Iqbal Zulkefli #Proses Kurus
;