Laman Utama
Lama Sakit, Penyanyi Legenda Tina Turner Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun
Penghibur legenda, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun di kediamannya di Kusnacht dekat Zurich, Switzerland.
Penyanyi kulit hitam yang telah melakar pelbagai sejarah dalam industri muzik dunia sehingga digelar bintang Rock n Roll itu meninggal dunia secara tenang selepas lama menderita beberapa penyakit.
Turner pernah didiagnos mengalami kanser pada tahun 2016 dan menjalani pembedahan buah pinggang setahun berikutnya.
“Tina Turner, Ratu Rock n Roll meninggal dunia secara aman pada usia 83 tahun selepas lama sakit di kediamannya di Kusnacht dekat Zurich, Switzerland.
“Dunia muzik telah kehilangan seorang ikon dan legenda dengan pemergiaannya,” tulis kenyataan yang dikeluarkan pihak Turner kepada media tempatan.
Turner mula mencetak nama dalam dunia muzik pada sekitar tahun 80-an menerusi album Private Dancer.
Ironi, dia telah berada dalam belantika muzik sejak tahun 60-an, bersama lelaki yang menderanya bertahun-tahun lamanya, Ike.
Selepas berpisah dan terlepas dari cengkaman Ike, Turner melanjutkan karier solo dan menjadi cukup sukses lewat pesonanya.
Sepanjang kariernya juga, Turner dikenali sebagai pelakon apabila berganding bersama aktor Mel Gibson pada tahun 1985 menerusi filem Mad max Beyond Thunderdome.
Dia juga merilis biografi pertamanya yang menjadi laris secara global, I, Tina pada 1986 yang kemudian diadaptasi menjadi filem What’s Love Got to Do With It?, Angela Bassett menjadi dirinya pada 1993.
Nama pemenang pelbagai anugerah ini terus mekar apabila dia menyanyikan lagu tema filem James Bond, GoldenEye pada 1995.
Turner bagaimanapun mengumumkan bersama dari dunia seni pada 2000, setahun selepas merilis album terakhirnya, Twenty Four Seven namun mengejutkan peminat apabila muncul di pentas Grammy bersama Beyonce sebagai meraikan ulang tahun ke-50 kewujudannya dalam belantika muzik dunia.