Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lambat 5 Minit Tiba Di Hospital, Saya Mungkin Sudah Tiada…” - Azlee Syukur Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

Mya Amri 13/06/2024 | 03:55 MYT

Pelakon dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung baru-baru ini.

Sudah mengucap dan tinggal pesanan pada isteri

Menurut Azlee, perkara pertama yang terdetik ketika difikirannya ketika kejadian itu berlaku adalah tentang keadaan isteri dan anak-anaknya.

“Ketika kejadian berlaku saya sudah pandang muka isteri saya, muka anak saya yang sulung. Pada ketika itu pemikiran saya teringatkan tentang anak saya yang belajar di sebuah kolej di Melaka.

“Saya pun sudah mengucap dan saya kata Ya Allah kalau Kau nak ambil saya… Saya reda sebab saya sudah tidak tahan sangat. Tapi Allah masih sayangkan saya,” katanya.

Azlee berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Saka Perawan bertempat di GSC, The Starling, Petaling Jaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”

ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario Dilaporkan Sudah Stabil

ARTIKEL BERKAITAN: PM Hulur Sumbangan Kepada Azlee Senario

Lambat lima minit boleh hilang nyawa

Mengimbas kembali detik cemas tersebut, Azlee berkata nyawanya mungkin hilang sekiranya terlewat lima minit sampai ke hospital.

“Pada ketika itu, saya sudah mengucap banyak, saya minta Allah ampunkan dosa saya.

“Saya cakap dengan isteri dan juga anak untuk ampunkan dosa saya. Saya pesan pada isteri jagalah anak saya yang berada di Melaka yang sedang belajar.

“Meleleh air mata saya… Tetapi oleh kerana saya ini bernasib baik, kejadian itu berlaku di rumah dan isteri serta anak-anak saya dengan pantas membawa saya ke klinik. Alhamdulillah, saya dapat diselamatkan.

“Semasa tiba di IJN, doktor kata sekiranya saya lambat lima minit tiba di hospital saya gone, maknanya saya sudah tidak ada lagi dalam dunia ini.

“Sebab itu saya rasa amat bersyukur. Seramai 15 orang doktor yang bertungkus lumus merawat dan cuba menyelamatkan saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidap Kanser Paru-Paru, Pelakon Kamal Bakar Ditidurkan Di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: #PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."

Dalam perkembangan lain, kesihatan Azlee kini semakin stabil selepas melakukan prosedur peletakan sten di Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Jun lalu.

Selain itu Azlee juga dinasihatkan untuk berehat selama sebulan bagi memberi fokus untuk proses penyembuhan.

Terdahulu, Azlee telah dibawa ke klinik berdekatan rumahnya selepas mengalami kesukaran bernafas, sebelum dinasihatkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

HSB kemudiannya membawa Azlee ke IJN untuk menerima rawatan lanjut, sebelum menjalani pembedahan dan prosedur meletakkan sten pada hari sama.

;