Hiburan

"Langgar Divider Lepas Tu 'Terbang' Rempuh Tiang Lampu" - Dedah Punca Insiden, Rupanya Hun Haqeem Kemalangan Kerana....

Zulaikha Yusof
03/03/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
"Langgar Divider Lepas Tu 'Terbang' Rempuh Tiang Lampu" - Dedah Punca Insiden, Rupanya Hun Haqeem Kemalangan Kerana....
Pelakon yang terkenal dengan watak Jekfer dalam drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem mendedahkan punca kemalangan terjadi disebabkan dirinya tertidur semasa menunggang motosikal.
Ketika dihubungi Gempak, Hun mendedahkan akibat terlampau penat, dia terlanggar divider dan tiang lampu di kawasan Cheras.
"Saya kemalangan seorang diri di kawasan Cheras. Akibat terlampau penat sangat, saya tertidur atas motosikal.
"Saya langgar divider lepas tu 'terbang' rempuh tiang lampu. Doktor cakap ligamen saya tak putus.
"Selepas dua jam setengah jalani pembedahan, Insya-Allah dalam masa tiga minggu dah boleh buka jahitan dan kembali pulih seperti biasa.
"Buat masa sekarang saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda buat sementara waktu," katanya.
Walaupun masih belum boleh bergerak, Hun menyatakan dia akan kembali ke set penggambaran drama bersiri, Seindah Tujuh Warna Pelangi pada keesokkan harinya.
"Saya dah kembali ke set penggambaran pada keesokkan harinya. Tiada pilihan memandangkan saya masih ada komitmen yang harus dihabiskan.
"Susah juga kalau nak ditangguh. Nasib la penggambaran saya hanya berbaki tiga hari lagi.
"Kebetulan pulak babak yang tinggal tu sebagai lelaki lumpuh. Jadi saya tidak bergerak hanya duduk sahaja," kata Hun.
Dalam pada itu, pelakon yang berasal daripada Kuching, Sarawak ini berharap kemalangan yang terjadi ini mampu memberi pengajaran dan peringatan kepada semua orang.
"Saya nak berterima kasih kepada semua kerana mendoakan kesembuhan saya serta tidak putus memberi kata semangat. Ramai rakan artis yang datang melawat saya di hospital.
"Tolong jaga diri masing-masing. Anggaplah kecelakaan yang terjadi kepada saya ini sebagai pengajaran kepada semua.
"Kini saya sedar betapa pentingnya sebagai pelakon untuk menjaga diri. Dah sakit macam ni, macam mana nak berlakon?
"Saya anggap ini sebagai satu hikmah yang Allah berikan. Dah tertulis yang saya akan terlibat kemalangan, cuma kita saja yang tak tahu," tambahnya lagi.
Terdahulu, Hun terlibat dalam sebuah kemalangan selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya pada awal pagi, Ahad.
BACA: Terlibat Kemalangan Motosikal, Hun Haqeem Alami Kecederaan Di Tumit & Perlu Jalani Pembedahan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar