Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Langgar Pembahagi Jalan, Rahang Naim Daniel Terkehel

Zulaikha Yusof 17/12/2020 | 06:23 MYT
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Semenyih ke Damansara, tadi.
Menurut Naim, 23, kecelakaan itu berlaku akibat terlanggar pembahagi (divider) jalan.
"Saya dan kakak dalam perjalanan ke Damansara dari Semenyih untuk pergi rakaman sebuah program hiburan. Dalam pukul 12.00 tengah hari tadi.
"Kereta yang dipandu terlanggar pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin menyatakan dia dan kakak sedang mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan.
"Saya punya rahang terkehel, kakak saya dada dia terhentak. Kami kat kecemasan sekarang. Selepas ini, saya akan buat laporan polis," katanya lagi.
Sebelum ini, pelantun lagu Sembah itu berkongsi foto dirinya bersama kereta jenis Ford Ranger pacuan empat roda (4WD) yang kelihatan remuk di bahagian hadapan.
"Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki," tulisnya.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

#Kemalangan #Naim Daniel #Divider #Ford Ranger
;