Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Langkah Menyita Tanpa Notis Bertulis Adalah Prejudis & Tak Adil" - Crackhouse Comedy Club Dakwa Disabotaj, Mohon Tarik Balik Penggantungan Lesen Operasi

Amri Hassan 12/07/2022 | 07:55 MYT

Kelab komedi yang terpalit dengan isu provokasi wanita membuka tudung dan pakaian, Crackhouse Comedy Club, menyifatkan insiden yang berlaku adalah sebahagian daripada sabotaj.

Menerusi kenyataan media yang disiarkan di media sosial kelab komedi itu pada Selasa, pengurusannya beranggapan komedian wanita itu sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan termasuk menyiarkan klip video kontroversi itu tanpa izin.
"Pada 11 Julai 2022, Crackhouse Comedy Club disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.
"Kami penama-penama di bawah akur bahawa pihak berkuasa perlu menyiasat tindakan individu yang hadir ke Crackhouse Comedy Club untuk melakukan satu persembahan.
"Namun, individu itu melakukan satu tindakan yang tidak boleh diterima sewaktu percubaannya untuk melakukan persembahan. Persembahan itu dirakam dan disiarkan oleh individu berkenaan di akaun-akaun media sosialnya sendiri, tanpa pengetahuan atau keizinan Crackhouse Comedy Club.
"Ini adalah satu tindakan sabotaj.
"Nama baik Crackhouse Comedy Club telah terjejas akibat tindakan individu tersebut yang mempunyai agendanya sendiri. Kelab komedi ini tidak pernah bersekongkol dengan individu terbabit dan pihak pengurusan kelab sama sekali tidak bersetuju dengan tindakannya," tulis pengendali media sosial Crackhouse Comedy Club.
Antara penama yang tersenarai dalam kenyataan media itu ialah pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel dan Shankar R. Santhiram serta beberapa pelawak tanah air iaitu Harith Iskander, Douglas Lim, Kavin Jayaram, Shamaine Othman, Andrew Netto, Papi Zak, Joanne Kam, Mad Sabah, Fakkah Fuzz dan Farid Azmeir.
Tambah pengurusan itu lagi, dua peraturan utama telah ditetapkan oleh kelab komedi itu untuk setiap persembahan.
"Semua ruang penganjuran acara komedi mematuhi satu prosedur operasi standard yang memaklumkan mana-mana individu yang ingin tampil di atas pentasnya, termasuk pada malam-malam acara mikrofon terbuka, tentang dua peraturan yang tidak ada tolak ansur sama sekali mengenainya.
"Mana-mana individu yang membuat persembahan tidak dibenarkan sama sekali menyinggung institusi DiRaja di Malaysia. Mereka juta tidak diizinkan menyinggung mana-mana kepercayaan dan agama. Dua peraturan ini dinyatakan dengan jelas kepada setiap orang.
"Individu yang terkait dalam insiden ini dengan jelas sengaja mencabuli dua perkara tersebut walaupun telah dimaklumkan mengenainya.
"Tindakannya bukan saja mengejutkan Crackhouse Comedy Club tapi seluruh penggiat seni persembahan komedi berdiri kerana ia merupakan tindakan yang dirancang lebih awal untuk mensabotaj tempat persembahan, serta keseluruhan cabang seni kerana dia bertindak turun dari pentas sebaik saja selesai menanggalkan pakaiannya.
"Crackhouse Comedy Club bertindak tegas dengan memaklumkan bahawa tindakan itu mencabuli peraturan dan syarat-syarat kelab, dan dengan serta-merta melarangnya daripada menjejakkan kaki kembali ke premis kelab.
"Sebaik saja pihak pengurusan kelab komedi mendapat tahu mengenai tindakannya memuatnaik video, pihak pengurusan segera membuat laporan polis dan memberi kerjasama penuh kepada siasatan," tambahnya.
Justeru, Crackhouse Comedy Club memohon pihak berkuasa untuk menimbal balik keputusan menyita premis terbabit yang dianggap berat sebelah.
"Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa lesen Crackhouse Comedy Club digantung pada 10 Julai, dan premisnya disita oleh DBKL pada 11 Julai 2022.
"Walaupun individu berkenaan sedang disiasat oleh pihak berkuasa, kelab kami dan seluruh penggiat persembahan komedl berdiri tempatan kini turut tepalit dengan onar yang dilakukannya.
"Pengurusan Crackhouse Comedy Club tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi sebelum ini. Pelawak-pelawak berdiri yang pernah tampil di pentas kami diberikan ruang untuk menghibur seperti di kelab-kelab komedi lain. Dengan cara inilah pelawak-pelawak berdiri tersohor Malaysia dan antarabangsa berbesar hati tampil membuat persembahan di kelab komedi ini.
"Nama-nama besar seperti Harith Iskander, Douglas Lim, Jason Leong, Nabil Ahmad, Mad Sabah, Nizam Jentik-lentik, Rayza Mukmin, Kavin Jay, Kuah Jenhan, Ronnie Ching, dan penghibur-penghibur antarabangsa seperti Dara O'Brien, Peter Berner, Butch Bradley, Paul Ogata, Dilruk Jayasinha dan ramai lagi pelawak berdiri yang berkaliber pernah berdiri dipentas Crackhouse Comedy Club.
"Walaupun kami faham bahawa tindakan periu diambil, langkah menyita Crackhouse Comedy Club dan menggantung lesen operasinya, tanpa sebarang notis bertulis, adalah sangat prejudis dan tidak adil, memandangkan pengurusan Crackhouse Comedy Club sanggup dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang menyiasat tindakan individu berkenaan yang tidak boleh diterima.
"Kami menggesa pihak berkuasa agar menarik semula penggantungan lesen Crackhouse Comedy Club kerana tindakan in bersifat berat sebelah dan tapa pertimbangan yang wajar.
"Tindakan sebelah pihak individu tersebut memburukkan nama baik cabang seni lawak berdiri yang mash baru dan berkembang maju di Malaysia.
"Sepanjang lapan tahun operasi kami, insiden begini tidak pernah sama sekali berlaku di Crackhouse Comedy Club.
"Kami di sini menggesa pihak berkuasa agar bertindak terhadap individu tersebut jika dia melanggar sebarang peraturan, tapa menghukum Crackhouse Comedy Club yang tidak terlibat dalam tindakan individu berkenaan, dan turut terkejut dengan tindakannya.
"Crackhouse Comedy Club sentiasa mematuhi undang-undang pad sepanjang masa dan menjadi tuan rumah kepada pelawak-pelawak berdiri yang, baik, bekerja keras, dan mempunyai cita-cita untuk menyara hidup mereka secara jujur menerusi cabang seni ini.
"Pihak pengurusan Crackhouse Comedy Club akan terus berkerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya pihak DBKL untuk menangani segala urusan termasuk status perlesenan kelab Ini. Kami bersetia kawan bersama Crackhouse Comedy Club," tulis kenyataan media itu lagi.

#Viral #DBKL #Kenyataan Media #Lesen #Sita #Kelab komedi #Crackhouse Comedy Club #Notis #Rizal Van Geyzel
;