Laman Utama

"Last Man Standing" - Netizen Harap Hafiz Mahamad Setia Dengan Syafiqah Aina!

Amri Hassan
27/11/2023
03:33 MYT
Sponsor Banner
"Last Man Standing" - Netizen Harap Hafiz Mahamad Setia Dengan Syafiqah Aina!
"Abang jangan kahwin dua tau," demikian nasihat warganet terhadap pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad.
Menerusi tinjuan Gempak di media sosial dan ruangan komen Instagram Hafiz, ramai yang datang meninggalkan komen agar tidak menduakan isterinya, Syafiqah Aina.
Malah, ada juga yang menasihati Hafiz agar setia bersama Aina dan 'mewakili' lelaki Malaya yang tidak berpoligami.
"The last man standing! Jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik," seloroh seorang pengguna X.
"Abg Hafiz jangan duakan kak aina ya .. saya penat dah tengok orang lelaki sweet dengan isteri last last dua kan isteri .. mintak jauh," tulis @fatihan_sidik di ruang komen Instagram Hafiz.
"Bang kalau abang pun macam Teega dan Tesla saya takkan maafkan kamu," tambah @aidaf._
"Mesti Hafiz stress semua harapan kat dia je sekarang ni. Kalau tak memang betul ayat ni; semua lelaki sama," sahut @waniearman pula.
Hafiz dan Aina antara pasangan pempengaruh yang kerap mempamerkan kemesraan dan kasih sayang mereka di media sosial, malah sering menjadi inspriasi buat pasangan yang baru menjalinkan hubungan dan berumah tangga.
Terdahulu tular kisah pempengaruh Aliff Teega yang mengaku telah berkahwin dua dan mohon berdamai dengan takdir.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

Sementara itu, isteri pertamanya Aisyah Hijanah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

PILIHAN PEMBACA: “Cukup La Satu, Kenapa Nak Pasang Dua, Tiga & Empat” - Kamal Adli

BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan...
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar