Laman Utama

The Last TRIO Standing, Lah Ahmad, Masdo & Ara Johari Antara Yang Bertanding

Mya Amri
14/12/2022
04:30 MYT
Sponsor Banner
The Last TRIO Standing, Lah Ahmad, Masdo & Ara Johari Antara Yang Bertanding
Astro kini muncul dengan rancangan muzik realiti terbaharu berjudul The Last TRIO Standing (TLTS).
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, TLTS memaparkan kombinasi komposer, pemuzik dan penyanyi yang sudah gah dalam industri bersama-sama dengan mereka yang baru mencari ruang untuk mengembang bakat-bakat masing-masing.
“TLTS dilahirkan dengan kepercayaan bahawa muzik mampu merapatkan jurang di antara generasi-generasi pemuzik yang ada di negara kita.
“Astro merupakan medium yang ideal dalam membawa dan melunaskan idea menggabungkan mereka yang sudah menempa nama dengan mereka yang baharu mengorak langkah ke dalam industri ini.
“Dengan menggabungkan mereka dalam sebuah trio, bakat yang baharu boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada mereka yang sudah kecapi sukses serta mengambil peluang untuk mendapatkan komen-komen konstruktif daripada juri-juri profesional kami.
“Konsep TLTS turut melihat gabungan ini bekerjasama untuk mengolah semula lagu serta menggubah lagu baharu bersama-sama. Bayangkan hasil karya daripaada mereka yang pengalaman bertahun-tahun lamanya disulami dengan idea-idea fresh dan youthful yang disuntik oleh muka-muka baharu.
“Trio-trio yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Bayangkan Altimet digabungkan dengan Malik Abdullah yang merupakan rapper muallaf yang boleh berbahasa dengan fasihnya dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis. Mereka pula digandingkan dengan Sophia Liana dari kumpulan DeFam.
“Manakala kepelbagaian genre turut menjadi nadi utama program ini. Lah Ahmad pula digandingkan dengan penyanyi baharu yang menyanyikan lagu-lagu dangdut, Erin CTJ serta penyanyi dan pengubah lagu, Asfan Shah.
“Ada pula yang terus menukar bidang profesion secara langsung seperti Syahmi Irfan yang dahulunya seorang pemain badminton junior negara yang kini mengejar minatnya dalam bidang seni.
“Dia pula digandingkan dengan komposer popular, Hafiz Hamidun dan penyanyi Asmidar yang turut merupakan seorang guru dalam seni persembahan di ASWARA. Inilah antara trio-trio yang bakal mewarnai hujung minggu para penonton Astro.
“TLTS mampu merentasi jurang generasi segmen penonton kami dengan membawa yang baharu dan yang lama bersatu dalam sebuah rancangan realiti. Kami janji bahawa gandingan-gandingan mantap ini mampu menghiburkan semua.
“Malah, star power yang membarisi Squad Elite dan panel juri kami turut memperkukuhkan posisi TLTS sebagai antara program realiti nyanyian terbaharu yang terbaik,” jelasnya.
Antara 30 nama yang bertanding menerusi TLTS adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack.
TLTS turut menampilkan panel juri terkemuka yang diketuai Ajai dan Jennifer Thompson sebagai juri tetap serta juri-juri undangan seperti Datuk M.Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Hattan dan Datuk Acis.
Awal Ashaari dan Zizi Kirana pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara TLTS.
Saksikan The Last TRIO Standing yang bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, 9.00 malam bermula 17 Disember 2022 di Astro Ria (saluran 104).
Rancangan ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar