Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lathi Challenge Didakwa Tonjol Unsur Mistik & Pemujaan, Ini Komen 'Tuan' Punya Lagu

Asraf Aided 10/06/2020 | 09:37 MYT
Lagu Lathi nyanyian Sara Fajira dan Weird Genius semakin tular dan kian menjadi trend apabila ia dijadikan satu cabaran (Lathi Challenge) oleh orang ramai di media sosial.
Cabaran yang memaparkan wajah seram seperti hantu itu semakin menjadi perbualan apabila pendakwah Malaysia, Da'i Wan Dazrin meminta orang ramai berhenti melakukannya.
Menurut Wan Dazrin, Lathi Challenge mengandungi unsur-unsur syirik dan bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Tidak berdiam diri, ahli kumpulan yang berasal dari Indonesia itu tampil memberi keterangan.
Memetik laporan Kompas, mereka menerima teguran dan pendapat orang ramai dengan hati yang terbuka.
"Ada juga yang bertanya kepada saya, bagaimanakah rasa makan duit hasil daripada menghasilkan lagu sebegitu, saya hanya mampu tertawa," ujar Reza Arap.
Sementara itu, anggota lain, Eka Gustiwana pula berasa bingung dengan anggapan sebegitu dan memilih untuk mebiarkannya sahaja.
"Pada pendapat saya, setiap orang ada kesibukan masing-masing, kami sibuk hasilkan lagu, ada juga orang lain yang sibuk memerhati, sibuk komen dan menganalisis, tidak mengapa," ujarnya.
Walaubagaimanapun, difahamkan, Wan Dazrin telah memohon maaf sehari selepas membuat teguran berkenaan dan mengakui kesilapannya dalam menggunakan kata-kata ketika membuat teguran.
Sumber : kompas.com
#Viral #Viral #Lathi Challenge
;