Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Laung Countdown, Wayang Pacak, Bunga Api Tepi Pantai Antara Momen Terbaik Sambut Parti New Year Di Lexis Hibiscus Port Dickson!

Amri Hassan 02/01/2023 | 15:21 MYT

Meriah sambutan tahun baharu 2023, ramai yang berkongsi momen masing-masing di media sosial tak kira di mana saja keberadaan.

Countdown sambil menonton pertunjukan bunga api di tepi pantai antara yang menjadi tarikan di Lexis Hibiscus Port Dickson baru-baru ini.
Lari daripada kesibukan kota metropolitan, berehat bersama yang tersayang di hotel mewah atas air sempena tahun baharu 2023 adalah terapi terbaik bagi individu yang sentiasa sibuk dan tidak punya masa.
Terbukti, kata Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok, lebih 1,000 orang pengunjung membanjiri perkarangan pantai hotel terbabit untuk mengucapkan selamat tinggal tahun 2022.
"Sudah dua tahun tak ada perayaan ambang tahun baharu dan kali ini tetamu dapat meraikan keseronokan serta kemeriahan sempena kedatangan 2023," ujarnya.
Jom, Gempak kongsikan beberapa momen indah sempena Funtastic Countdown Carnival di Lexis Hibiscus Port Dickson baru-baru ini.

Berehat di vila atas air

Satu-satunya pusat peranginan tepi laut seumpamanya di Malaysia, Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai 639 vila kolam yang luas dan mewah di atas air dan bilik menara.

Tidak lengkaplah percutian sempena tahun baharu 2023 jika tidak menikmati hospitaliti terbaik di salah sebuah vila atas air yang terkenal dengan rekaan bentuk bunga raya di Selat Melaka ini!

Karnival pantai, free flow makan!

Mood tenang dan chill sepanjang petang benar-benar memberikan peluang kepada tetamu untuk bersantai bersama keluarga atau yang tersayang.

Menariknya, selain menyediakan ruang rehat, bangku, meja serta beanie, tetamu tidak boleh mengeluh lapar kerana hidangan bufet BBQ pantai tersedia secara 'free flow' sepanjang masa dari petang hingga ke malam!

Game tepi pantai, hadiah pun awesome

Tetamu juga sempat mengisi masa terluang dengan menyertai pelbagai permainan tepi pantai yang menyeronokkan seperti Buzz The Wire, Bounce Basketball, Crazy Driver, Ring Toss, Shooting Gallery, Coconut Bowling, Hook the Duck dan Eye Rolling Stick.

Lagi best, dapat pula hadiah istimewa!

'Bermesra' dengan haiwan

Tak perlu ke zoo kerana Lexis Hibiscus PD sendiri bawakan petting zoo buat pencinta haiwan. Ada pelbagai tarikan seperti arnab, ayam Amerika Silkie, burung merpati Fantail, Iguana, naga Saifin, sigung Blue Tongue, tarantula, cicak tokek, landak, ular sawa dan banyak lagi. Memang fun habis!

Wayang Pacak bawah bintang

Jarang-jarang kan dapat tengok wayang pacak! Kali ini Lexis Hibiscus PD membawakan wayang pacak ke tepi pantai di bawah sinaran bulan dan bintang menjelang sambutan tahun baharu 2023.

Filem pecah panggung Ola Bola ditayangkan kepada penonton yang ternyata mendapat sambutan luar biasa dari pelbagai latar belakang pengunjung. Eh, tetamu luar negara pun bertepuk tangan tau.

Pertunjukan api, band

Pengunjung juga dihiburkan oleh Rhydee & The Wei Li Trio serta Melyn, Windred and The Seasons sepanjang petang hingga ke malam dengan pelbagai himpunan lagu-lagu hits, R&B, soul, blues, jazz dan pop.

Selain itu, malam makin membara dengan pertunjukan tarian api oleh penari profesional. Nervous tapi berbakat besar semuanya.

Kemuncak, sorakan tahun baharu 2023 & bunga api

Melaungkan countdown beramai-ramai sambil bersorak sempena kedatangan tahun baharu 2023 adalah kemuncak kepada acara Funtastic Countdown Carnival kali ini.

Terang benderang langit Port Dickson dilimpahi dengan cahaya bunga api selama lebih 10 minit sebelum diteruskan dengan putaran lagu-lagu rancak oleh DJ. Memang funtastic!

A post shared by Lexis Hibiscus PD (@lexishibiscus)

Selanjutnya di www.lexishibiscuspd.com
#Bunga Api #Karnival #Tahun Baharu 2023 #Ambang #Couintdown #Fire Show #Lexis Hibiscus Port Dickson #Wayang Pacak
;