Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Lawan Semua Dengan Doa" - Abby Abadi

Amri Hassan 08/02/2024 | 05:50 MYT

Ibu kepada Marissa Dania Hakim, Abby Abadi tampil mengemaskini akaun Instagramnya dengan berkongsi sebingkis kata-kata.

Tulis Abby; "Bismillahirrahmanirrahim. Lawan semua dengan doa."
Dalam hantaran sama, Abby turut berkongsi emoji cinta (love) bersama panggilan namanya, Mama.
Terdahulu, media melaporkan Aslam dan anak perempuan pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa telah berkahwin di Songkhla, Thailand ketika Masya menunaikan umrah pada Disember lalu.
Malah, sumber berkata, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.

BERITA TRENDING: ​Marissa Dania Hakim, Aslam Didakwa Nikah Senyap-Senyap Di Thailand?

BERITA TRENDING: Isteri Aslam Komen Tuduhan Kahwini Marissa Di Thailand

Bagaimanapun, baik Abby mahupun Norman, keduda-dua mereka masih mendiamkan diri.

Kisah Aslam dan Marissa tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.

#Kahwin #Anak #Abby Abadi #Norman Hakim #Thailand #Marissa Dania #Doa #Misya #Aslam
;