Viral
Lawatan Ryzal Ibrahim Ke ISTAC Cetus Perdebatan, Netizen Tanya Kenapa Macam Gereja?
Lawatan pempengaruh dan pencipta kandungan, Ryzal Ibrahim ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) menimbulkan ‘keraguan’ dalam kalangan netizen apabila rekaan dalaman institusi berkenaan dilihat persis rekaan dalam gereja.
Sungguhpun Ryzal telah pun menerangkan yang lokasi itu memang pada asalnya dibina mengikut rekaan sedemikian, namun, masih ada yang meninggalkan komen mendakwa bangunan tersebut pernah dijadikan sebagai gereja suatu ketika dahulu.
Disebabkan isu tersebut turut viral di Facebook, akaun The Patriots mengambil inisiatif berkongsi fakta dan mengulas dengan lebih terperinci mengenai rekaan yang ada pada ISTAC.
Menerusi rajutan yang dimuat naik, The Patriots memberitahu yang seni bina ISTAC sebenarnya dinspirasikan daripada seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ini diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu dapat diulangi semula pada zaman moden.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991. Tapi sayang, saya jumpa komen-komen yang kata ia macam gereja dan hina institut yang berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam kini.
“Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tak kenal?
“Pada hari ini, Dinasti Nasriyah paling diingati sebagai negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia setelah tumbangnya Granada kepada Kristian-Sepanyol. Lebih utama adalah legasi yang ditinggalkan olehnya, terutama Alhambra.
“Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Oh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku,” katanya.
The Patriots menambah, bagi mereka yang berkeras ia merupakan seni bina gereja, Hagia Sophia yang terletak di Turki merupakan sejenis gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh.
“Hagia Sophia yang kita lihat sekarang di Turki tu sebenarnya dibina oleh Justinian I sebagai pusat penyebaran ajaran Kristian di seluruh Eropah, menjadikan projek tersebut sebagai projek pembinaan terbesar dalam sejarah empayar Byzantine. Jadi, seni bina gereja tidak terikat sebenarnya.
“Kubah masjid yang kita pakai adalah asalnya digunakan awal oleh Gereja Ortodoks Timur, sebelum Uthmaniyyah adapatasi sewaktu berlaku pertembungan tamadun dengan Rom Timur. Buktinya beberapa binaan kubah orang Rom seperti Minerva Medica dan Pantheon dapat dilihat sehingga ke hari.
“Kemasukan agama Kristian ke dalam empayar Rom membuatkan hampir keseluruhan gereja mula menerima kubah. Maka tak pelik ketika era itu, anda akan ternampak bangunan berkubah yang milik lambang salib. Malah sehingga ke hari ini juga anda boleh melihat pemandangan seumpama itu terutamanya di Rusia,” kongsinya lagi.
Kemuncaknya adalah apabila penaklukan Konstantinopel dan pertukaran fungsi Aya Sophia kepada masjid, orang Turki mula membina masjid sendiri menggunakan kubah.
“Sebagai empayar Islam yang besar, tindak tanduk Uthmaniyyah sentiasa menjadi ikutan kerajaan Islam lain walaupun cuba mengadaptasi kubah gereja ke dalam masjid.
“Bermula sejak itu pembinaan masjid berasaskan kubah gereja mula tersebar di setiap pelusuk dunia Islam.
“Kalau mereka-mereka dalam gambar ini kenal sejarah Hagia Sophia itu, nescaya mereka pasti akan membakarnya kerana ia asal sebuah gereja,” katanya.
Sumber: Platform X, Instagram