Laman Utama
Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Menerusi Karnival Kerjaya Malam KPJ Yang Bermula Esok
KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) memacu transformasi baharu dalam melaksanakan sesi pengambilan pekerja dalam sektor kesihatan menerusi penganjuran Karnival Kerjaya Malam KPJ atau KPJ Night Career Fair.
Bakal diadakan pada 24 dan 25 November ini, dari pukul 5 hingga 11 malam, karnival ini akan berlangsung serentak di 29 Hospital Pakar KPJ seluruh negara. Sementara itu, lokasi utama pula akan berpusat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.
Karnival ini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang melibatkan kakitangan perubatan dan sokongan seperti pegawai perubatan dan pakar dalam bidang yang berkaitan, jururawat berdaftar, kakitangan kesihatan bersekutu termasuk ahli fisioterapi, ahli farmasi serta radiographer.
Selain itu jawatan lain seperti kakitangan akademik untuk diserapkan ke Universiti KPJ Healthcare, kakitangan sokongan dalam Sumber Manusia, IT, Pentadbiran, Pemasaran, Kewangan, Komersial, Operasi, Pengurusan Fasiliti dan turut tersedia.
Karnival Kerjaya Yang Unik Dan Penuh Dengan Gaya Tersendiri
Karnival kerjaya anjuran KPJ Healthcare ini merupakan satu pendekatan inovatif bagi menarik bakat terbaik sambil menangani isu kekurangan pekerja dalam sektor penyedia penjagaan kesihatan negara. Karnival ini menawarkan platform kepada calon pekerja yang berpotensi untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan dan memahami laluan kerjaya yang ditawarkan oleh Syarikat.
Ia menawarkan peluang kepada calon untuk berhubung secara terus dengan pegawai KPJ yang bertugas di bahagian pengambilan pekerja. Calon yang hadir akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang budaya KPJ Healthcare, memahami faedah yang ditawarkan dan mengenalpasti komitmen Syarikat terhadap pembangunan pekerja. Sesi temu duga yang diadakan di karnival ini juga akan dikendalikan secara ‘on-the-spot’, sekaligus memberikan peluang segera untuk menyertai keluarga KPJ Healthcare.
Karnival ini cukup unik dan lain daripada mana-mana karnival kerjaya yang pernah dianjurkan sebelum ini. Dilaksanakan pada waktu malam, karnival kerjaya ini menyaksikan gabungan elemen professional dan elemen hiburan yang lebih santai untuk komuniti yang hadir.
Pelbagai aktiviti bakal menanti termasuklah cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM40,000, pemeriksaan kesihatan asas percuma dan jualan aneka juadah di trak makanan yang pastinya bakal menambahkan kemeriahan karnival tersebut.
Karnival Kerjaya Malam KPJ ini terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia yang ingin menyertai sektor kesihatan. Temui kami di karnival ini yang diaspirasikan untuk membentuk masa depan sektor kesihatan di negara ini.
Followers Gempak, dapatkan akses ‘fast lane’ bagi pemeriksaan kesihatan asas percuma!
Calon yang hadir ke karnival boleh mendapatkan akses ‘fast lane’ hanya dengan mengikuti akaun media sosial Gempak - sama ada Facebook, Instagram atau TikTok. Hanya tunjukkan sahaja bukti yang anda sudah mengikuti akaun media sosial Gempak dan anda bakal menerima akses menjalani Pemeriksaan Kesihatan Asas (Hipertensi, BMI & Ujian Gula Dalam Darah)Nak menang hadiah lagi best?
Jawab satu soalan mudah dan cipta satu slogan berdasarkan artikel ini dan lima pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi:
- 2 x Apple Watch SE (bernilai RM1,199)
- 3 x Pakej Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif (bernilai sehingga RM2,000)
Jawab soalan dan cipta slogan menerusi borang ini: