Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lebih 50 Ribu Netizen Tandatangan Petisyen Blacklist Ayu Ting Ting Muncul Di TV

Maliah Surip 05/08/2021 | 11:20 MYT
Penyanyi dangdut kini berhadapan dengan dugaan baharu. Ada puluhan ribu peminat atau netizen telah menandatangi sebuah petisyen untuk memastikan wajah Ayu Ting Ting tidak lagi muncul dalam siaran televisyen!
Menurut laporan media Indonesia, gerakan itu dilakukan netizen selepas menyifatkan Ayu Ting Ting sebagai artis atau idola yang tidak layak dicontohi kerana telah menampilkan perlakuan tidak baik dalam sebuah acara yang ditayangkan beberapa minggu lalu.
Dalam petisyen berjudul Blacklist Ayu Ting Ting dari Dunia Pertelevisian yang dibuat Putri Maharani menerusi website change.org, ini alasan yang diberikan wanita itu.
"Pada acara Pas Sore, sewaktu acara tersebut live di Trans 7, terlihat Ayu Ting Ting menendang salah satu talent Pas Sore," tulis alasan mengenai petisyen tersebut.
Hingga hari ini, Kamis (5/8/2021), Kompas melaporkan petisyen yang awalnya mensasarkan 50,000 tanda tangan itu telah mencapai 50,284 tanda tangan. Kini mereka membuat target baharu mencapai 75,000 tanda tangan.
Dengan target 75,000 tanda tangan, ia akan menjadi petisyen paling banyak mendapat sokongan netizen.
Beberapa orang yang telah menandatangani petisyen tersebut juga turut memberikan alasan mereka bersedia memberikan tanda tangan.
"Artis no attitude seperti ini harus diblacklist. Skandal banyak dan tak sedar diri. Semakin kita diam, semakin banyak artis no attitude di Indonesia yang mudah berkeliaran di stesen tv," tulis Mika Malik.
"Ayu Ting Ting artis paling tidak punya sopan santun," tulis Monica Salsabilla pula.
"Bad attitude tidak menghargai orang lain, pada saat live sering memukul, menolak kepala orang, menendang dengan kaki, bicara dan tertawa dengan suara keras. Cara duduk tidak sopan," tulis seorang netizen lagi.
Kredit: Kompas.com
Instagram: @ayutingting92
#Dangdut #Netizen #Indonesia #Ayu Ting Ting #Sikap #Blacklist #Tandatangan
;